Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji pengoperasian dan model bersesuaian untuk menambah baik perkhidmatan feri di Pulau Pinang.
Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata pihaknya belum membuat keputusan muktamad berhubung cadangan baharu bagi penambahbaikan perkhidmatan feri tersebut.
"Kita akan lihat bagaimana menambah baik dan pastikan perkhidmatan feri ini lebih efisien. Memang ada pelbagai cadangan tambah 'water taxi', 'catamaran' dan sebagainya. Itu kita akan lihat bagaimana menambah baik lagi.
"Tapi setakat ini belum ada apa-apa keputusan muktamad berkenaan apa-apa cadangan baharu. Apa sedia ada itu kita akan kekalkan dan kita akan tambah baik terlebih dahulu," katanya selepas melawat Penang Sentral, di sini pada Khamis.
Terdahulu, Loke menaiki feri dari bahagian pulau ke Penang Sentral, di sini.
Beliau mengakui pengoperasian perkhidmatan feri itu yang kini dikendalikan Rapid Ferry milik Prasarana memerlukan kos tinggi dan berterusan memandangkan tambang dikenakan adalah rendah dan sehala, namun beliau memberi jaminan perkhidmatan itu akan dikekalkan.
Ditanya sama ada terdapat cadangan penswastaan perkhidmatan itu, Loke berkata buat masa ini pihaknya belum menerima permohonan daripada mana-mana syarikat swasta berhubung perkara tersebut.
"Kita terbuka kepada sebarang cadangan. Pada masa ini, kita sedang mengkaji dan sudah tentu Kementerian Kewangan juga melihat kepada pelbagai cadangan agar perkhidmatan itu lebih baik," katanya.
Sementara itu, Loke berkata pihaknya akan berbincang dengan syarikat terlibat, Penang Sentral Sdn Bhd, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan syarikat bas untuk menentukan kadar tambang kepada syarikat bas dan pengguna.
Beliau berkata pihaknya akan memastikan kadar tambang dikenakan kelak berpatutan dan tidak membebankan pengguna dalam usaha menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan bas.
"Yang pentingnya kita nak syarikat-syarikat bas itu dapat menggunakan kemudahan di sini. Kalau mereka tidak menggunakan kemudahan di sini maka ia tidak akan berjaya.
"Kita akan berunding dengan pihak pengurusan untuk lihat satu situasi 'menang-menang'. Saya harap dapat memutuskan kadar tambang ini dengan segera supaya operasi ini dapat dimulakan dalam masa terdekat," katanya.
Fasa pertama Penang Sentral, satu-satunya projek Pembangunan Berorientasi Transit (TOD), terletak di Butterworth, dijangka dibuka kepada orang ramai menjelang Disember tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 06 2018
Perkhidmatan feri ini akan ditambah baik supaya menjadi lebih efisien. - Foto fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dua konsortium disenarai pendek dalam Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh - Loke
Pihak Perbadanan Keretapi (RAC) telah menyenarai pendek dua pembida bagi melaksanakan projek Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh (iRide).
Tiada 'pusingan U' terhadap pelaksanaan VEP - Anthony Loke
Beliau juga memberi peringatan keras terhadap semua kenderaan asing yang masuk ke Malaysia supaya mematuhi undang-undang jalan raya di Malaysia susulan pelaksanaan.
Sektor pengangkutan pamer perkembangan positif, tingkat hasil pendapatan negara
Ia merangkumi semua sektor pengangkutan darat, maritim dan udara meskipun negara berdepan pelbagai cabaran domestik dan antarabangsa.
Kapal Israel tidak dibenar berlabuh Selasa depan - Loke
Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM tidak akan dibenarkan berlabuh di Pelabuhan Klang seperti dijadualkan pada Selasa minggu depan.
Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.
Tiada gerakan jatuhkan Chow sebagai Ketua Menteri P.Pinang - Anthony Loke
Seluruh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu memberikan sokongan kepada Chow untuk menerajui Pulau Pinang hingga habis penggal.
Perbezaan politik tidak halang bincang isu negeri - Anthony
Semua pihak perlu menerima hakikat bahawa landskap politik di Malaysia sudah berubah, kata Anthony.
Jangan manipulasi kehadiran saya pada Persidangan Tahunan DAP - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap kehadiran beliau pada Persidangan Tahunan DAP 2023 hari ini tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.
Toleransi, sederhana dalam politik untuk jadikan Malaysia negara contoh - Anthony Loke
Sikap toleransi dalam bermasyarakat dan mengambil jalan sederhana ketika berpolitik merupakan asas bagi memastikan Malaysia menjadi negara contoh kepada dunia.
PRK: MOT lulus lesen operasi sementara bas Malaysia-Singapura - Loke
Kementerian Pengangkutan meluluskan lesen operasi sementara bas bagi menambah perjalanan ulang alik laluan darat antara Malaysia dan Singapura sempena PRK di Johor.