awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan Imigresen di KLIA diiktiraf terbaik di dunia

Bernama
Bernama
15/03/2017
06:48 MYT
Perkhidmatan Imigresen di KLIA diiktiraf terbaik di dunia
MUSTAFAR: Kemenangan itu mencerminkan tahap perkhidmatan tinggi warga kerja Jabatan Imigresen di KLIA.
Perkhidmatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) diktiraf dan dianugerahkan sebagai Perkhidmatan Imigresen Lapangan Terbang Terbaik Dunia pada Majlis Anugerah Lapangan Terbang Dunia SKYTRAX di Ekspo Terminal Penumpang di Amsterdam, Belanda, semalam.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata kemenangan itu mencerminkan tahap perkhidmatan tinggi warga kerja Jabatan Imigresen di KLIA selaras dengan slogan Integriti Profesional Mesra yang sentiasa diterapkan dalam penyampaian perkhidmatan Jabatan Imigresen.
"Berdasarkan maklum balas yang diterima, ia bukan sahaja dari segi kecekapan keseluruhan perkhidmatan, malah kualiti dan budi bahasa anggota yang bertugas dengan mengutamakan kedaulatan, keselamatan dan kesejahteraan negara, di samping kerjasama pelbagai pihak, khususnya Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan Pengendali Syarikat-Syarikat Penerbangan (AOC)," katanya.
Anugerah Lapangan Terbang Dunia itu adalah berasaskan kajian daripada 13.82 juta responden melibatkan lebih 105 rakyat pelbagai negara yang menaiki pesawat, meliputi lebih 580 lapangan terbang di seluruh dunia.
Kajian itu menilai pengalaman pengguna merentas 580 perkhidmatan lapangan terbang berlainan dan faktor produk, daripada pemeriksaan masuk, ketibaan dan pemindahan, sehinggalah pelepasan. Kualiti dan hospitaliti menjadi keutamaan dalam aspek penilaian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#Imigresen
#keselamatan
#KLIA
#Mustafar Ali
#Skytrax
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan