awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan Komuter Lembah Klang, ETS alami gangguan akibat kren tumbang

Bernama
Bernama
12/12/2023
15:16 MYT
Perkhidmatan Komuter Lembah Klang, ETS alami gangguan akibat kren tumbang
Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Komuter Lembah Klang dan Tren Elektrik (ETS) hari ini mengalami gangguan perjalanan disebabkan kren tumbang berhampiran landasan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Komuter Lembah Klang dan Tren Elektrik (ETS) hari ini mengalami gangguan perjalanan disebabkan kren tumbang berhampiran landasan.
Bagaimanapun, KTMB dalam kenyataan di sini tidak menyatakan lokasi insiden tersebut dan menjelaskan kejadian tersebut telah menyebabkan kedua-dua landasan bagi laluan Rawang-Tanjong Malim, terhalang.
Susulan kejadian itu, perkhidmatan Komuter sektor Tanjong Malim-KL Sentral-Tanjong Malim akan ditamatkan di Serendah manakala perkhidmatan ETS akan dimaklumkan kelak.
"Insiden ini akan mengambil masa untuk dipulihkan kerana alat talian atas terputus," menurut kenyataan itu.
Justeru, KTMB menyediakan perkhidmatan bas kepada penumpang perkhidmatan Komuter Lembah Klang bagi perjalanan pergi dan balik laluan Sungai Buloh ke Serendah manakala laluan KL Sentral-Sungai Buloh-Tanjung Malim untuk penumpang ETS.
"Pihak KTMB akan melaporkan perkembangan terkini situasi dari semasa ke semasa dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkhidmatan komuter
#Komuter Lembah Klang
#ETS
#gangguan
#kren tumbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan