awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima sekeluarga disamun, barang kemas bernilai kira-kira RM130,000 dilarikan
Selangor peruntuk RM10 juta selenggara jalan kritikal
SpaceX alihkan tumpuan bina bandar di Bulan berbanding projek Marikh - Musk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan LRT Laluan Ampang - Sri Petaling sudah pulih sepenuhnya: Rapid Rail

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
27/07/2022
06:41 MYT
Perkhidmatan LRT Laluan Ampang - Sri Petaling sudah pulih sepenuhnya: Rapid Rail
Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di Laluan Ampang - Sri Petaling sudah pulih sepenuhnya pada jam 1.35 petang tadi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di Laluan Ampang - Sri Petaling sudah pulih sepenuhnya pada jam 1.35 petang tadi.
Rapid Rail dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, perkhidmatan LRT di laluan tersebut mengalami gangguan pada jam 12.38 tengah hari.
Gangguan itu melibatkan 11 buah stesen dari Stesen LRT Bandar Tun Razak sehingga Stesen LRT Pusat Bandar Puchong.
BACA: Gangguan bekalan elektrik besar-besaran di Lembah Klang, beberapa negeri
“Akibat masalah ini, tren bergerak dengan lebih perlahan dan berhenti lama di platform.
“Penumpang yang terjejas telah ditawarkan kupon perjalanan sehala secara percuma yang perlu tebus di kaunter khidmat pelanggan.
“Perkhidmatan pulih sepenuhnya pada jam 1.35 petang,” katanya menurut kenyataan tersebut.
Rapid Rail sebelum ini memberitahu perkhidmatan LRT Laluan tersebut turut terkesan akibat masalah bekalan elektrik melibatkan beberapa kawasan di Lembah Klang.
Rapid Rail dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, perkhidmatan LRT di laluan tersebut mengalami gangguan pada jam 12.38 tengah hari.
Begitupun, perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) dan LRT Laluan Kelana Jaya tidak terjejas dan beroperasi seperti biasa.
Maklumat sama turut dikongsikan di laman Twitter Ask RapidKL.
"Kemaskini Laluan Ampang/Sri Petaling: Perkhidmatan tren telah diselaraskan dan jadual perjalanan telah kembali normal. Terima kasih atas kesabaran anda. Kami memohon maaf di atas kesulitan," ciapnya.
Kemaskini Laluan Ampang/Sri Petaling: Perkhidmatan tren telah diselaraskan dan jadual perjalanan telah kembali normal. Terima kasih atas kesabaran anda. Kami memohon maaf di atas kesulitan.
— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) July 27, 2022
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan elektrik
#Rapid Rail Sdn Bhd
#LRT
#Stesen LRT Bandar Tun Razak - Stesen LRT Pusat Bandar Puchong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan