Semua perkhidmatan tren dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan beroperasi seperti biasa esok.
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana (Operasi), Muhammad Nizam Alias berkata penyesuaian semula jadual kekerapan akan dilakukan berdasarkan mobiliti pengguna dari semasa ke semasa.
“Perkhidmatan tren LRT Laluan Kelana Jaya dan Laluan Ampang/Sri Petaling; MRT Laluan Sungai Buloh - Kajang, Laluan Monorel, Bas Rapid Transit Laluan Sunway dan perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan, Rapid Kamunting dan Rapid Manjung akan bermula operasi seperti biasa dengan jadual kekerapan hari bekerja. Bagaimanapun, pemantauan akan dibuat kemudian untuk memastikan kesesuaian jadual kekerapan yang digunakan.
“Memandangkan perintah pergerakan terhad ini diarahkan buat pertama kali, kami perlu memastikan kekerapan yang sesuai kerana belum dapat memastikan jumlah penumpang yang akan menggunakan perkhidmatan kami pada hari esok dan sepanjang tempoh perintah pergerakan terhad ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tambah beliau, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Pengangkutan khususnya Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sebelum apa jua keputusan diambil berhubung dengan kekerapan perjalanan tren dan bas kendalian Prasarana itu.
Selain itu, Pusat Konsesi Hab Bas Pasar Seni akan dibuka seperti biasa untuk kemudahan golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelajar dan warga emas mendapatkan diskaun 50 peratus untuk perjalanan mereka.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Rapid KL, orang ramai boleh melayari akaun twitter dan Instagram serta web Facebook @myrapid.
Mereka juga boleh menelefon talian hotline di 03-78852585.
Astro Awani
Tue Mar 17 2020
Semua perkhidmatan tren dan bas kendalian Prasarana akan beroperasi seperti biasa esok. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Perkhidmatan tren, bas Prasarana beroperasi seperti biasa
Muhammad Nizam Alias berkata penyesuaian semula jadual kekerapan akan dilakukan berdasarkan mobiliti pengguna dari semasa ke semasa.