awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan van perantara percuma ke Parlimen mulai esok

Bernama
Bernama
08/10/2023
14:49 MYT
Perkhidmatan van perantara percuma ke Parlimen mulai esok
Menurut Rapid Bus di laman Facebooknya hari ini, perkhidmatan itu disediakan untuk pengguna yang mempunyai urusan rasmi di Parlimen. - Gambar FB Rapid KL
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan van perantara percuma (T851) dari KL Sentral ke bangunan Parlimen disediakan mulai esok hingga 14 Dis ini bagi mengatasi kekurangan tempat letak kereta ketika persidangan berlangsung.
Menurut Rapid Bus di laman Facebooknya hari ini, perkhidmatan itu disediakan untuk pengguna yang mempunyai urusan rasmi di Parlimen.
"Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini jika ingin ke Taman Botani Perdana," demikian menurut poster yang dikongsi Rapid Bus.
Rapid Bus juga memaklumkan kekerapan perkhidmatan itu adalah setiap 30 minit bagi waktu puncak iaitu 7 pagi hingga 10.30 pagi dan 4.30 petang hingga 8 malam manakala kekerapan setiap 60 minit ketika waktu bukan puncak iaitu 11 pagi hingga 4 petang.
Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen Ke-15 akan membuka tirai esok hingga 30 Nov dan Persidangan Dewan Negara pula akan berlangsung dari 27 Nov hingga 14 Dis.
Pada Februari lepas, perkhidmatan bas pengantara percuma dari KL Sentral ke bangunan Parlimen disediakan untuk semua termasuk Ahli Parlimen, pegawai bertugas dan pengamal media bagi mengatasi isu kekurangan tempat letak kereta serta kesesakan lalu lintas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#van perantasa percuma
#tempat letak kereta
#Taman Botani Perdana
#Rapid Bus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan