Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) melahirkan kebimbangan bahawa bagi tahun keempat berturut-turut, Malaysia diletakkan di kedudukan kedua dalam senarai pemerhatian Jabatan Negara Amerika Syarikat kerana kegagalan mematuhi piawaian minimum dalam mematuhi Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat 2000 (TVPA).
Pihak Jabatan Negara AS mengaitkan kedudukan Malaysia dengan kekurangan kemajuan signifikan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia dalam menangani pemerdagangan orang berbanding tahun sebelumnya.
Dalam laporan tersebut, Jabatan Negara AS memberikan penilaiannya terhadap rekod pemerdagangan orang di Malaysia termasuk usaha yang diambil oleh Kerajaan Malaysia dalam tiga aspek utama iaitu, pendakwaan, perlindungan dan pencegahan.
Berdasarkan hasil pendapat yang diperolehi melalui sesi dialog bersama pelbagai pihak berkepentingan dan lawatan ke rumah perlindungan mangsa pemerdagangan, pihak suruhanjaya telah mencadangkan syor berikut:
• Kerajaan perlu mengukuhkan mekanisme pendakwaan ke atas pesalah, perlindungan ke atas mangsa dan pencegahan insiden-insiden baru penyeludupan melalui kerjasama dengan kumpulan masyarakat sivil dan misi diplomatik, serta pihak berkepentingan serantau dan antarabangsa;
• Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu disediakan satu saluran untuk menawarkan kepakaran mereka kepada Majlis Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) kerana ramai mangsa lebih cenderung mendapatkan khidmat mereka untuk bantuan;
• Semua mangsa disediakan dengan pemeriksaan kesihatan serta-merta setibanya di pusat-pusat perlindungan, serta lawatan berkala oleh kakitangan perubatan;
• Mangsa dimaklumkan status kes mereka dan sebuah mahkamah khas diwujudkan bagi mempercepatkan penyelesaian kes-kes berkaitan anti-pemerdagangan orang;
• Kerajaan menyediakan latihan komprehensif untuk meningkatkan kemahiran pegawai penguatkuasa undang-undang di seluruh negara, terutamanya di barisan hadapan, mengenai cara-cara untuk mengenal pasti mangsa yang disyaki terbabit dalam penyeludupan manusia;
• Kerajaan perlu meminda Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dengan membenarkan mangsa untuk menerima pampasan dan untuk bekerja sementara menunggu penyelesaian kes-kes mereka;
Mewartakan rumah-rumah perlindungan yang dikendalikan oleh NGO, memberikan penjelasan yang lebih terperinci mengenai kes-kes penyeludupan manusia dan penyeludupan migran iaitu Seksyen 12 dan 13 di bawah Akta ATIP; serta penjelasan mengenai peranan Suruhanjaya dan keanggotaannya dalam Majlis;
• Kerajaan mengkaji semula Seksyen 2(1) Akta Kerja 1955 yang membenarkan "kontraktor buruh' yang mungkin boleh mengakibatkan eksploitasi pekerja oleh pihak agensi pengambilan pekerja dan majikan; dan
• Kerajaan menyertai Konvensyen Antarabangsa Hak Asasi Semua Pekerja Migran dan Ahli Keluarga serta konvensyen berkaitan dengan status pelarian.
Memandangkan Malaysia merupakan negara destinasi dan transit bagi kebanyakan pekerja migran, Suruhanjaya menyeru agar kerajaan mempertingkatkan usahanya dalam memberi perlindungan yang lebih baik kepada mangsa pemerdagangan orang dan penyeludupan di semua peringkat, selari dengan piawaian antarabangsa yang ditentukan oleh Protokol Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mencegah, menyekat dan menghukum pemerdagangan orang terutama di kalangan wanita dan Kanak-kanak.
Tan Sri Hasmy Agam
Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
21 Jun 2013
Astro Awani
Fri Jun 21 2013
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Tertipu dengan tawaran kerja, pengasuh nyaris 'dijual' di Myanmar
Wanita itu dihubungi sepasang suami isteri menerusi WhatsApp yang menyatakan mereka memerlukan perkhidmatannya sebagai travel nanny semasa bercuti.
Kes pemerdagangan orang: Polis buka kertas siasatan terhadap bekas timbalan menteri
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang mengesahkan perkara itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagi mengelakkan sebarang spekulasi.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Penghambaan zaman moden: Suri rumah jalani hukuman penjara 10 tahun hari ini
Seorang suri rumah akan mula menjalani hukuman penjara 10 tahun bermula hari ini.
Polis tahan tujuh lelaki Pakistan, selamatkan 4 mangsa pemerdagangan orang
Polis menahan tujuh lelaki warga Pakistan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerdagangan orang, di sebuah apartmen di Taman Pandan Perdana, Ampang, di sini, Isnin lepas.
Malaysia, UK bincang kerjasama tangani isu buruh paksa
Perbincangan diadakan ketika Perutusan Khas Kerajaan UK mengenai Migrasi dan Perhambaan Moden melawat Malaysia.
Kes pemerdagangan orang di Wang Kelian, polis Thailand tahan wanita lari 7 tahun
Polis Thailand menahan seorang wanita yang didakwa mempunyai kaitan dengan kes penyeludupan Rohingya ke Malaysia tujuh tahun lalu.
Bekas calon PRU14 antara 11 ditahan terlibat sindiket pemerdagangan orang
Bekas ahli politik itu bertanding di peringkat Parlimen dan DUN pada PRU14, namun, kalah dan hilang wang pertaruhan.
131 mangsa pemerdagangan orang diselamatkan tahun ini - Rina
Kesemua mereka kini ditempatkan di rumah perlindungan milik kerajaan dan NGO serta diberi perintah perlindungan interim (IPO).
Isu pemerdagangan orang: KDN akan hantar laporan lengkap ke Jabatan Negara AS - Hamzah
Dokumentari itu memberikan gambaran sebenar usaha antipemerdagangan orang yang telah dilakukan di negara ini.