NATIONAL
Perlindungan untuk warga emas, KKM seru ambil peluang vaksin influenza percuma

KKM menyeru semua warga emas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit komorbid atau kronik untuk mengambil peluang ini bagi mendapatkan perlindungan yang sewajarnya menjelang musim jangkitan. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terkini berkenaan pelaksanaan.
Ringkasan AI
- KKM menawarkan vaksin influenza percuma kepada warga emas dengan penyakit komorbid atau kronik di 649 Klinik Kesihatan seluruh Malaysia, bermula 18 Februari hingga akhir Ogos 2025.
- Sehingga 20 April 2025, 59.47% warga emas telah divaksinasi. Masih terdapat 57,093 slot janji temu tersedia, yang boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera, walk-in ke Klinik Kesihatan, atau menghubungi pihak berkaitan.
- Warga emas disarankan mengambil vaksin influenza untuk mencegah komplikasi serius serta mengurangkan kemasukan ke hospital akibat influenza, khususnya bagi kumpulan berisiko tinggi.
Masih terdapat 57,093 slot janji temu vaksinasi yang tersedia, dan orang ramai boleh mendapatkan vaksin influenza di fasiliti kesihatan kerajaan sehingga akhir Ogos 2025.
Warga emas yang layak disarankan agar segera membuat janji temu sebelum slot ditutup.
Perkhidmatan ini disediakan di 649 Klinik Kesihatan (KK) terpilih di seluruh Malaysia.
Vaksin diberikan secara percuma dan merangkumi kos vaksin, peralatan, serta khidmat kesihatan berkaitan.
Janji temu boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera. Orang ramai juga boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan, melayari portal rasmi atau media sosial KKM, atau hadir sendiri ke KK untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sebagai tambahan, KKM ingin memaklumkan bahawa KK yang terlibat telah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan program imunisasi ini.
Bagi warga emas yang tidak mempunyai akses kepada MySejahtera, mereka boleh hadir secara walk-in ke KK yang disenaraikan untuk pendaftaran dan suntikan, tertakluk kepada slot yang masih tersedia.
KKM menggalakkan warga emas yang hadir untuk rawatan susulan penyakit kronik di Klinik Kesihatan berkenaan agar mengambil inisiatif untuk mendapatkan maklumat dan bertanya berkenaan kelayakan menerima vaksin influenza secara percuma, sekiranya belum ditawarkan.
KKM menyeru semua warga emas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit komorbid atau kronik seperti diabetes, penyakit jantung, penyakit pernafasan kronik atau tekanan darah tinggi untuk mengambil peluang ini bagi mendapatkan perlindungan yang sewajarnya menjelang musim jangkitan.
Langkah ini penting bagi mencegah komplikasi serius dan mengurangkan kadar kemasukan ke hospital akibat jangkitan influenza dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk laman web rasmi KKM atau hadir terus ke Klinik Kesihatan yang terlibat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami