awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlis antara negeri rekod jumlah penerima skim PEKA B40 yang ramai

Bernama
Bernama
25/05/2022
21:15 MYT
Perlis antara negeri rekod jumlah penerima skim PEKA B40 yang ramai
Program ini memberi fokus kepada penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi, kesihatan mental dan kanser. - Gambar hiasan
KANGAR: Perlis merupakan antara negeri yang merekodkan jumlah penerima Skim Peduli Kesihatan B40 (PEKA B40) tertinggi bagi tempoh 2019 sehingga 30 April 2022.
Ketua PEKA B40 Perlis Amir Bedin pihaknya menjangka Perlis akan menjadi negeri tertinggi merekodkan jumlah penerima inisiatif berkenaan, selaras dengan beberapa usaha yang akan dilaksanakan oleh pihaknya pada tahun ini.
"Perlis merupakan sebuah negeri yang kecil dan mudah untuk kita uruskan bagi menambah jumlah penerima inisiatif ini menerusi program-program outreach yang akan dilaksanakan," katanya pada sidang media yang berlangsung di sini pada Rabu.
Beliau berkata Kedah mencatatkan jumlah penerima tertinggi dengan 86,642 orang, diikuti dengan Kelantan (61,587) dan Perlis (9,895).
"Program ini memberi fokus kepada penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi, kesihatan mental dan kanser," katanya.
Beliau berkata ada empat manfaat yang bakal diperolehi oleh setiap penerima yang layak, meliputi saringan kesihatan, bantuan alat perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skim Peduli Kesihatan B40
#Perlis
#Peka B40
#saringan kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan