awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skandal rasuah ATM: Siasatan tidak terhad kes tertentu - Azam Baki
Rayuan Najib untuk hidupkan semula saman terhadap Tommy Thomas ditolak
Letupan di universiti swasta: Polis klasifikasi kematian pekerja kontraktor sebagai mati mengejut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlis disaran contohi model Singapura dalam pembangunan

Astro Awani
Astro Awani
13/01/2026
04:50 MYT
Perlis disaran contohi model Singapura dalam pembangunan
Tuanku Syed Faizuddin (dua dari kanan) berkenan meluangkan masa menyantuni penduduk serta melawat padang bola sepak Sun Suria, People's Arena - Home Of The Swamp Things. - Gambar ihsan MAIPs
KANGAR: Perlis boleh mencontohi Singapura dalam pelbagai aspek termasuk tata kelola, ekonomi dan pembangunan modal insan dengan mengadaptasi strategi bersesuaian mengikut keperluan tempatan.
Menurut Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), antara pendekatan yang boleh dilaksanakan ialah program pertukaran teknologi digital, kerjasama TVET, lawatan kerja strategik serta kursus jangka pendek dalam bidang kepimpinan, tadbir urus dan kelestarian.
Cadangan itu dititahkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail kepada Setiausaha Pertama (Politik) Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur, Muhammad Amin Abdul Rahim, ketika program MAIPs Peduli di Kampung Paya, Kangar, baru-baru ini.
Berangkat sama, Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.
Muhammad Amin dalam pada itu memberi komitmen untuk mengukuhkan hubungan antara Singapura dan Perlis, khususnya dalam bidang pendidikan, hubungan serantau dan budaya.
Beliau turut memuji kepimpinan Tuanku Syed Faizuddin yang disifatkan berjiwa rakyat kerana kerap turun padang melalui program sosial seperti Kayuhan MAIPs Peduli.
Dalam edisi keempat kayuhan tahun ini, baginda menyampaikan sumbangan zakat MAIPs kepada tiga keluarga asnaf terpilih iaitu Zarina Zakarian, 55, dari Kampung Paya Senduk; Kamal Sudin, 68; dan Salmah Mat, 55, masing-masing dari Paya Kampung Besar.
Baginda dan anakanda turut berkenan meluangkan masa menyantuni penduduk serta melawat padang bola sepak Sun Suria, People's Arena - Home Of The Swamp Things, lokasi latihan pasukan Suria Paya United SC yang pernah bersaing dalam Liga Super Negeri Perlis.
Topic Berkaitan
#Perlis
#Singapura
#Raja Muda Perlis
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan