awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
Jika Indonesia lawan Malaysia, Indonesia tidak akan mampu bersaing - pengulas Vietnam
DUNIA
Gempa bumi sederhana landa selatan Sumba, Indonesia
DUNIA
Nahas Air India: Setiausaha Agung PBB ucap takziah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Perlis haramkan penjualan vape berkuat kuasa 1 Ogos

Bernama
Bernama
14/05/2025
08:20 MYT
Perlis haramkan penjualan vape berkuat kuasa 1 Ogos
Kerajaan Negeri Perlis akan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape bermula 1 Ogos 2025, selaras dengan fatwa negeri yang mengharamkan penggunaannya sejak 2022. -Gambar fail/Freepik
KANGAR: Penjualan rokok elektronik atau vape diharamkan di negeri Perlis berkuat kuasa mulai 1 Ogos ini, kata Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.

Ringkasan AI
  • Kerajaan Negeri Perlis akan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape bermula 1 Ogos 2025, selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang mengisytiharkan penggunaan vape sebagai haram sejak 2022.
  • Semua lesen dan operasi perniagaan vape akan dihentikan, dan peniaga diminta bersedia mencari alternatif perniagaan lain sebelum tarikh penguatkuasaan.
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap premis yang masih menjual vape selepas 1 Ogos, sebagai langkah melindungi golongan muda daripada ketagihan vape.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan larangan penggunaan vape yang diputuskan haram menerusi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengenai rokok elektronik itu pada 2022.
"(Sehubungan itu) mana-mana peniaga vape (di Perlis) kena siap sedia untuk cari perniagaan baharu, lesen dan operasi perniagaan mereka akan dihentikan (mulai 1 Ogos nanti)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Mohd Shukri berkata meskipun tidak dapat mengekang penggunaan vape sepenuhnya, namun beliau optimis dengan tindakan mengharamkan penjualan rokok elektronik itu untuk menyelamatkan anak-anak muda daripada terjebak dengan pengambilan vape.
Beliau berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan melakukan operasi pemantauan dan penguatkuasaan terhadap premis-premis perniagaan yang menjual vape itu selepas 1 Ogos nanti.
Sementara itu Mohd Shukri berkata Tahun Melawat Perlis 2024-2025 akan dilanjutkan sehingga tahun depan untuk seiring dengan penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026.
"Jadi kita harap kehadiran pelancong-pelancong ke negeri Perlis akan bertambah dengan adanya serentak Tahun Melawat Malaysia tersebut, mudah-mudahan ia akan beri banyak manfaat kepada rakyat negeri Perlis.
"Saya menyeru rakyat Perlis untuk menerima kehadiran pelancong bagi meningkatkan taraf ekonomi dan santuni semua pelancong yang hadir ke Perlis dengan sempurna," katanya yang turut memaklumkan kemasukan pelancong ke negeri itu tahun lepas mencapai sasaran iaitu kira-kira 3.5 juta orang.
Beliau berkata kerajaan negeri mungkin akan menambah program pelancongan baharu yang bersesuaian selain program sedia ada Tahun Melawat Perlis 2024-2025 itu dalam usaha menarik lebih ramai pelancong datang ke Perlis pada tahun depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vape
#Perlis
#haramkan penjualan
#rokok elektronik
#Mohd Shukri Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami