awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlis umum cuti peristiwa esok sempena tahun baharu

Bernama
Bernama
31/12/2024
10:20 MYT
Perlis umum cuti peristiwa esok sempena tahun baharu
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata pengisytiharan itu dibuat selepas mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. -Gambar fail/Bernama
KANGAR: Kerajaan negeri Perlis hari ini mengisytiharkan esok, 1 Januari, sebagai cuti peristiwa sempena sambutan Tahun Baharu 2025 dan tarikh 1 Rejab yang penuh keberkatan.

Ringkasan AI
  • Kerajaan negeri Perlis mengisytiharkan 1 Januari sebagai cuti peristiwa sempena sambutan Tahun Baharu 2025 dan tarikh 1 Rejab.
  • Menteri Besar Perlis menyatakan cuti ini sebagai penghargaan kepada penjawat awam dan rakyat yang menjayakan Karnival Sambutan Tahun Baharu 2025.
  • Pengisytiharan cuti ini selaras dengan peruntukan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata pengisytiharan itu dibuat selepas mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
"Pemberian cuti peristiwa ini adalah satu bentuk penghargaan kepada seluruh penjawat awam dan rakyat negeri ini yang menjayakan Karnival Sambutan Tahun Baharu 2025 peringkat Negeri Perlis yang diadakan pada malam ini, 31 Disember 2024," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut berharap pengumuman cuti itu dapat menggalakkan lebih ramai penduduk menghadiri karnival tersebut yang dijangka meriah dengan pelbagai program menarik.
Menurut beliau, pengisytiharan cuti itu adalah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Shukri Ramli
#Tuanku Syed Sirajuddin
#Perlis
#cuti peristiwa
#1 Rejab
#Tahun Baharu 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan