KOTA BHARU: Umat Islam khusus rakyat Kelantan yang belum membayar zakat fitrah pada bulan Ramadan lepas, wajib qada zakat fitrah walaupun telah lewat daripada waktu ditentukan.
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata hal ini kerana terdapat hukum mengenai peringatan waktu untuk seseorang umat Islam yang merdeka iaitu golongan tua atau muda, lelaki atau perempuan dan berakal untuk membayar zakat fitrah.
"Hukum harus bermula dari awal bulan Ramadan hingga akhir bulan Ramadan manakala hukum wajib membayarnya pula apabila terbenam matahari pada akhir Ramadan dan berakhir sebelum terbenam matahari 1 Syawal,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata sekiranya memasuki 2 Syawal ia perlu wajib qada niat zakat fitrah.
Sementara itu, Imam Masjid Bandar Kuala Krai Armin Azahari Mamat menyeru semua umat Islam supaya segera menunaikan kewajipan zakat fitrah kerana berdosa sekiranya tidak melaksanakannya.
"Memandangkan baru-baru ini umat Islam menjangkakan 1 Syawal jatuh pada 3 Mei (hari ini), mungkin ramai tidak sempat untuk membayar zakat fitrah pada akhir Ramadan lepas.
"Saya seru semua umat Islam supaya segera menunaikan kewajipan ini, jangan tangguh atau tunggu Ramadan tahun depan untuk membayarnya kerana berdosa sekiranya tidak melaksanakanya," katanya.
Beliau berkata zakat fitrah dibayar untuk kita berkongsi kepada orang yang memerlukan (fakir dan miskin) bagi meneruskan kelangsungan hidup.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 03 2022
Afdal membayar zakat ialah pada waktu selepas solat Subuh hari akhir Ramadan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Jangan tunggu saat akhir bayar zakat fitrah
Umat Islam diminta supaya tidak menunggu saat akhir untuk membayar zakat fitrah bagi membolehkan agihan dibuat lebih cepat kepada asnaf yang layak.
Kontrak kerajaan babit edaran beras, guna beras import mulai April
Sebarang kontrak kerajaan melibatkan pengedaran beras akan menggunakan beras putih import mulai April ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM7 dan RM10
Bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, kadar pengeluaran ialah satu gantang Nabawi seorang atau bersamaan 2.6 kilogram.
Zakat fitrah di Pahang kekal RM7
Kadar bayaran zakat fitrah di Pahang bagi tahun ini kekal RM7 seorang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Datuk Ahmad Hairi Hussain.
Kadar zakat fitrah di Perak ditetapkan RM8, RM16 dan RM24
Kadar RM8 itu ialah bagi yang menggunakan beras special tempatan (5 peratus hancur dan ke bawah) dan yang seumpama/setara.
Zakat fitrah Negeri Sembilan RM7, RM12.50, RM22
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM7, RM12.50 dan RM22 pada tahun ini.
Kadar zakat fitrah di Johor bermula RM7 hingga RM20
Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) menetapkan tiga kadar zakat fitrah tahun ini, iaitu RM7, RM12 dan RM20.
ZPP kumpul RM159.7 juta kutipan zakat pada 2023
Zakat Pulau Pinang (ZPP) mencatatkan prestasi kutipan memberangsangkan tahun lepas apabila mengumpul RM159.7 juta, merangkumi RM152.86 juta zakat harta dan RM6.84 juta zakat fitrah.
Zakat Melaka sasar kutipan zakat fitrah RM5.8 juta tahun ini
Jumlah pembayar zakat fitrah pada tahun lepas meningkat kepada 673,673 orang berbanding 661,703 orang pada 2021.
Kadar zakat fitrah yang wajib dibayar tahun ini
Kadar zakat fitrah adalah berdasarkan ketentuan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri.