KEPALA BATAS: Sebarang program mengajak umat Islam melawat rumah ibadat bukan Islam di negeri ini perlu merujuk kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Yang Dipertua MAINPP Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata ia bagi memastikan penganjur mematuhi semua garis panduan termasuk perkara yang boleh serta tidak boleh dilakukan pada program itu.
"Kita nak penganjur yang nak anjurkan tu pun mestilah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada kaitan dengan perpaduan atau kerja-kerja sosial, kalau bukan... memang tidak digalakkan untuk anjur program sedemikian.
"Sebab itu kita minta mana-mana pihak nak anjurkan program sedemikian agar rujuk MAINPP dulu kerana ia perlu dijalankan dalam keadaan terkawal, saya juga pasti perkara ini telah ada permohonan dan panduan yang telah diberikan oleh pejabat mufti sebelum ini.. ia boleh dirujuk semula," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Amil Zakat Fitrah dan Sumbangan Ehya' Ramadan, di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Pulau Pinang akan mengikut langkah Selangor yang melarang sama sekali penganjuran sebarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadah agama lain di negeri tersebut.
BACA: Syed Saddiq tak setuju larang umat Islam lawat rumah ibadah lain
Ahmad Zakiyuddin berkata Pulau Pinang tetap mematuhi undang-undang dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam berhubung hal-ehwal agama Islam di negeri itu, termasuk melarang penyebaran agama bukan Islam kepada umat Islam.
Baru-baru ini, sebuah portal media tempatan melaporkan sebuah NGO, Impact Malaysia, menganjurkan program Projek Artikel 11: 'Ziarah Gereja' yang mempelawa belia penganut agama selain Kristian untuk menyertai program itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023

Ahmad Zakiyuddin berkata Pulau Pinang tetap mematuhi undang-undang dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam berhubung hal-ehwal agama Islam di negeri itu. - Foto Facebook MAINPP

Panglima tentera darat Australia ketuai penghormatan Hari Anzac di Malaysia
Stuart akan merasmikan Upacara Subuh di Taman Peringatan Sandakan, yang terletak di tapak kem POW Perang Dunia Kedua, pada Hari Anzac.

Enam beranak antara 44 maut akibat serangan udara Israel di Gaza
"Cukuplah... setiap hari ada kematian, setiap hari kami kehilangan orang tersayang."

Konsep MADANI boleh diperluaskan ke peringkat ASEAN - Dr Jemilah
Nilai teras yang diketengahkan dalam konsep itu seperti keadilan dan kemanusiaan adalah sejajar dengan dengan aspirasi ASEAN.

‘BERHENTI Vladimir!’: Trump beri amaran kepada Putin selepas serangan maut di Kyiv
Amaran Trump dikeluarkan selepas Presiden Ukraine merayu kepada sekutunya agar tingkatkan tekanan terhadap Rusia supaya hentikan pencerobohan.

Semua pihak diseru junjung prinsip keadilan, keutuhan pentadbiran - Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, 25 tahun pemerintahan baginda itu memperlihatkan pelbagai cabaran dan kejayaan.

PRU2025 Singapura: PM Wong seru kekalkan perpaduan ketika PAP mulakan kempen
PM Singapura seru rakyat negara itu kekal bersatu dan tidak membenarkan kuasa luar atau perbezaan pandangan terhadap isu global memecahbelahkan negara.

Presiden Maldives akan lawat Malaysia untuk perkukuh hubungan dua hala
Presiden Maldives Mohamed Muizzu dijadual memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia mulai Ahad ini.

Usaha pembaharuan Bangladesh dapat sokongan kuat Qatar
Program pembaharuan kerajaan sementara Bangladesh menerima sokongan kuat dari Qatar.

Korea Selatan, AS adakan rundingan perdagangan berkaitan tarif
Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan rundingan perdagangan peringkat tinggi di Washington pada Khamis, ketika Seoul berusaha untuk menghapuskan tarif "timbal balik" menyeluruh yang diken

PRU Singapura 2025: Lapan parti layak guna masa siaran untuk kempen
Tempoh masa siaran yang diperuntukkan untuk setiap parti politik adalah berdasarkan jumlah calon yang diletakkan olehnya.

Sekolah Islam Antarabangsa pertama di Pulau Pinang dibangunkan
Sekolah Islam Antarabangsa Al Mashoor bakal menjadi sekolah Islam antarabangsa pertama di Pulau Pinang dibangunkan sebagai langkah strategik memperkukuh institusi pendidikan Islam di negeri itu.

Perpustakaan Digital Islam Pulau Pinang kini ditempatkan di Universiti Al-Azhar
Penempatan PIDL di Kuliah Syariah dan Undang-Undang, Universiti Al-Azhar merupakan hadiah Kerajaan Pulau Pinang kepada universiti berkenaan.

Guru sekolah agama Pulau Pinang terima elaun tambahan RM500 tahun depan
Sebanyak 160 guru SMAR, SABK dan SRAR di Pulau Pinang akan menerima elaun tambahan RM500 setiap bulan bermula Januari tahun depan.

ZPP kumpul RM159.7 juta kutipan zakat pada 2023
Zakat Pulau Pinang (ZPP) mencatatkan prestasi kutipan memberangsangkan tahun lepas apabila mengumpul RM159.7 juta, merangkumi RM152.86 juta zakat harta dan RM6.84 juta zakat fitrah.

P. Pinang tiada halangan solat Aidilfitri di kawasan terbuka
MAINPP juga tiada masalah untuk meluluskan permohonan jika terdapat pihak yang mahu menganjurkan solat di dalam dewan.

MAINPP larang pihak tiada tauliah mengajar di masjid dan surau
Arahan ketetapan tatacara penggunaan masjid dan surau di Pulau Pinang itu berkuat kuasa serta-merta seperti pekeliling yang dikeluarkan pada hari ini.

Perlu rujuk MAINPP untuk program lawat rumah ibadat bukan Islam
Ia bagi memastikan penganjur mematuhi semua garis panduan termasuk perkara yang boleh serta tidak boleh dilakukan pada program itu.

P. Pinang tetapkan tiga kadar zakat fitrah
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM7, RM13 dan RM20 di negeri itu tahun ini.

Isu tauliah: MAINPP akan jumpa penceramah termasuk Kazim Elias Isnin ini
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan mengadakan pertemuan dengan beberapa individu yang sebelum ini tidak dibenarkan mengadakan ceramah, khutbah atau majlis ilmu di negeri ini.

P. Pinang benarkan solat rapatkan saf bermula 1 April
Pulau Pinang membenarkan pelaksanaan solat berjemaah secara merapatkan saf di surau dan masjid seluruh negeri itu bermula 1 April ini.