awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor larang program umat Islam diadakan di rumah ibadat lain

Sinar Harian
Sinar Harian
15/03/2023
22:30 MYT
Selangor larang program umat Islam diadakan di rumah ibadat lain
Sebarang program membabitkan umat Islam di rumah ibadat agama lain dilarang sama sekali di Selangor, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Sebarang program membabitkan umat Islam di rumah ibadat agama lain adalah dilarang sama sekali di Selangor, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.
Katanya, walaupun menyambut baik program berbentuk kefahaman dan nilai-nilai toleransi antara agama yang dijalankan badan bukan kerajaan (NGO), namun ia mesti mengikut garis panduan ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terutamanya melibatkan aspek perundangan.
Jelas Mohd Zawawi lagi, peraturan sudah menetapkan sebarang program membabitkan umat Islam di rumah ibadat agama lain, selain daripada agama Islam adalah dilarang sama sekali.
"JAIS sentiasa memantau dan akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang melanggar peraturan yang telah digariskan di bawah Seksyen 5 dan Seksyen 6 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988.
"Kerajaan Selangor sentiasa menghormati kemajmukan dan perbezaan agama yang ada di negeri tercinta ini, justeru setiap NGO perlu lebih berhati-hati dalam menganjurkan program yang melibatkan sensitiviti keagamaan dan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, pimpinan NGO boleh merujuk kepada JAIS dan Jabatan Mufti bagi pertanyaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pada Isnin, sebuah portal media tempatan melaporkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Impact Malaysia menganjurkan program Projek Artikel 11: ‘Ziarah Gereja’ mempelawa belia penganut agama selain Kristian untuk menyertainya.
Program NGO bernaung di bawah agensi pembangunan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu menjemput belia khususnya bukan Kristian terlibat bersama dengan matlamat memberi pendedahan tentang persamaan dan perbezaan agama menerusi aktiviti lawatan dan kesukarelawan.
Bagaimanapun pada Selasa, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dilapor berkata, program itu bukan bertujuan memberi gambaran semua agama yang dianuti rakyat Malaysia adalah sama rata.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Selangor
#Jabatan Agama Islam Selangor
#Islam
#Ziarah Gereja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan