awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permainan video ganas berisiko jejas kesihatan mental kanak-kanak - Dr Dzulkefly

Bernama
Bernama
02/11/2025
11:45 MYT
Permainan video ganas berisiko jejas kesihatan mental kanak-kanak - Dr Dzulkefly
Cabaran dunia digital pada masa ini menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada pelbagai pengaruh dalam talian, termasuk permainan yang boleh menjejaskan kestabilan emosi serta perkembangan mental. - Gambar hiasan
KUALA SELANGOR: Kanak-kanak yang terdedah dan kerap bermain permainan video berunsur ganas berisiko mengalami gangguan kesihatan mental sekiranya tidak dipantau ibu bapa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata cabaran dunia digital pada masa ini menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada pelbagai pengaruh dalam talian, termasuk permainan yang boleh menjejaskan kestabilan emosi serta perkembangan mental.
"Setiap individu tanpa mengira usia boleh mengalami masalah kesihatan mental, namun kumpulan rentan seperti kanak-kanak perlu diberikan perhatian dan empati oleh masyarakat.
"Justeru, mereka yang berdepan masalah ini tidak harus dipandang serong, sebaliknya perlu dibantu dan diberi ruang untuk mendapatkan rawatan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Rahmah Mesra Santuni MADANI di Pantai Jeram di sini hari ini.
Beliau berkata setiap daripada manusia normal boleh terdedah kepada cabaran kesihatan mental apabila emosi menurun atau tekanan meningkat, sama ada dalam bentuk keresahan atau kemurungan.
Sehubungan dengan itu, Dr Dzulkefly berkata pihaknya telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani isu berkenaan termasuk talian Hotline 15555 serta Program K-Mindset bagi memperkasakan pemimpin masyarakat untuk mendekati individu berisiko.
"Melalui K-Mindset, kerajaan telah memperuntukkan RM21.6 juta bagi melatih ketua kampung, penghulu serta tokoh agama agar mereka dapat memainkan peranan dalam menjaga kesihatan mental masyarakat di kawasan masing-masing," katanya.
Inisiastif itu bertujuan memperluas akses saringan, rawatan awal dan advokasi kesedaran berhubung penyakit paru-paru termasuk penyakit paru-pari obstruktif kronik (COPD), asma, kanser paru-paru serta bahaya rokok elektronik atau vape.
LHI kini diperluas di seluruh negara dengan kerjasama strategik pelbagai pihak meliputi awam, swasta dan komuniti setempat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#Dr Dzulkefly
#pemainan video
#video games
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan