KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah malam tadi berkenan menghadiri sambutan Jubli Platinum dan ulang tahun keputeraan ke-96 Ratu Elizabeth II yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi British.
Tunku Azizah, yang diiringi anakanda baginda Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah, berkenan berangkat ke majlis itu yang dihadiri lebih 800 orang termasuk Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai tetamu kehormat.
Kerabat diraja Malaysia, wakil kanan kementerian, anggota Kor Diplomatik dan komuniti perniagaan turut hadir.
Sambutan yang berlangsung di The Sime Darby, Bukit Kiara di sini dimulakan dengan ucapan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Charles Hay yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Ratu Elizabeth serta Yang di-Petuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah.
Hay turut menyentuh mengenai hubungan akrab kedua-dua negara yang disifatkan beliau sebagai semakin berkembang ke arah perkongsian dunia moden dengan kerjasama merentasi bidang kepentingan bersama.
"United Kingdom (UK) menyumbang sejumlah 15 juta Paun British dalam tempoh tiga tahun lepas sahaja untuk melaksanakan program kerjasama dengan Malaysia.
"Perdagangan dua hala antara kedua-dua negara kita berjumlah lebih 5 bilion Paun British dengan UK berhasrat mengembangkan sektor keutamaan," katanya.
Pada acara malam tadi, tetamu disajikan dengan persembahan kebudayaan terbaik British dan pertandingan ratu cantik termasuk aksi oleh British Circus.
Tunku Azizah dan Tengku Jihan turut berkenan meluangkan masa melihat potret Ratu Elizabeth yang dilakar menggunakan pensil karya artis Malaysia Hakim Abdullah, juga dikenali sebagai Pencil Ninja.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tengah) berkenan mencuba beberapa makanan pada Majlis The Queens Platinum Jubilee Celebration'. - Foto BERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Baju raya terakhir ibu jadi kenangan buat anak kembar
Kenangan bersama ibu mereka, Bintara Muda TNL Nor Rahiza Anuar, 39, tidak akan pernah luput dari ingatan.
AWANI 7:45 [23/04/2024] – Ditukar kepada majlis tahlil dan doa | Tujuh lelaki dan tiga wanita | Desakan semakin kuat
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Jabatan Bantuan Guaman perlu main peranan dalam pelbagai kes, bukan hanya jenayah - Azalina
JBG diwujud bagi memberikan khidmat bantuan guaman kepada mereka yang layak berpandukan Akta Bantuan Guaman 1971.
AWANI Ringkas: Sambutan dibatalkan, digantikan dengan doa selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah
Satu daripada empat gambar yang dimuat naik itu memaparkan lima anggota TLDM melambai rakan mereka yang berlepas ke Lumut.
KPDN gesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan segera kad fleet
KPDN menggesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan di Semenanjung Malaysia yang terpilih untuk segera memohon kad fleet.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 762 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 717 sen sekilogram.
Kemasukan ke hospital kerana hisap 'vape', termasuk golongan kanak-kanak meningkat 733 peratus dalam 4 tahun
Kemasukan kanak-kanak kerana penyakit berkaitan mengevap merupakan enam peratus daripada jumlah kemasukan keseluruhan dalam tahun 2020.
Sistem pendidikan perlu sinonim dengan pembangunan negara - Zambry
Ia selaras dengan pelbagai perubahan yang berlaku di sekeliling rakyat setiap masa dengan kemunculan teknologi-teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI).
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Raja Permaisuri Agong berangkat menyaksikan perlumbaan GT World Challenge Asia
Baginda menyaksikan penyertaan paduka anakanda, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim, yang mewakili pasukan JMR Triple Eight.
Permaisuri berkenan menziarahi Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Makam Diraja Al-Ghufran Bukit Chandan, Kuala Kangsar di Perak.
Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat ke Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor di Istana Besar, di sini hari ini.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri.
Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara.
Raja Permaisuri Agong kenang kembali memori Ramadan di Kuala Kangsar
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengenang kembali zaman kanak-kanak semasa malam Ramadan di kampung halaman Seri Paduka Baginda di Kuala Kangsar, Perak.
Raja Permaisuri Agong berangkat ke World #QuranHour 2024
Penganjuran kali kesembilan World #QuranHour dengan tema "Ummah #GrandReset: Kesatuan dan Transformasi Sosial" itu dihadiri kira-kira 4,000 jemaah, mengangkat surah Al-Jumu'ah sebagai surah pilihan.
Raja Permaisuri Agong berkenan agih bubur lambuk di Kampong Bharu
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu.
Agong, Raja Permaisuri berkenan berbuka puasa bersama warga PDRM
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut berkenan menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah bersama para hadirin di Masjid Sallehin.
Raja Permaisuri Agong ziarah pesakit kanak-kanak Hospital Tunku Azizah KL
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mencemar duli menziarahi pesakit kanak-kanak di Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur.