BALIK PULAU: Cuaca panas berpanjangan yang melanda negara kini, bukan sahaja menyebabkan permintaan terhadap durian semakin berkurangan, malah turut menjejaskan hasil pengeluaran raja buah itu, kata pengusaha dan pemilik 8321 Durian Plantation Yeap Gaun Fong.
Yeap, 45, berkata hasil tuaian musim durian kali ini adalah 30 peratus lebih rendah berbanding tahun lalu.
"Semasa pokok durian berbunga, terdapat gugusan putik durian, tetapi cuaca panas menyebabkan putik durian ini gugur.
"Cuaca panas menyebabkan orang kurang makan durian. Ramai pembeli datang, tetapi mereka hanya membeli sebiji atau dua biji buah...mereka tak berani nak makan durian," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menurut beliau, harga raja buah itu juga jatuh sejak dua minggu lalu berikutan permintaan yang kurang.
Yeap, yang memiliki enam ladang durian di seluruh Pulau Pinang, menambah bahawa berlaku kira-kira 50 peratus penurunan harga durian musim ini berbanding tahun lepas.
"Dua minggu lalu, saya menjual durian Musang King gred A pada harga RM75 sekilogram (kg) dan kini hanya RM50 sekilogram... Durian Udang Merah pada mulanya dijual pada harga RM50 sekilogram, dan kini hanya RM35 sekilogram... manakala durian kampung kini dijual pada harga RM10 sekilogram berbanding RM20 sebelum ini," katanya.
Memandangkan musim durian baru bermula tiga minggu lalu, beliau berkata sukar untuk diramal sama ada musim ini memberi untung atau sebaliknya.
"Kami perlu menunggu sehingga pertengahan atau akhir musim untuk mengetahui sama ada kami dapat untung atau rugi kali ini. Mungkin terdapat peningkatan permintaan semasa cuti sekolah minggu depan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023
Pekebun mendakwa hasil tuaian musim durian kali ini adalah 30 peratus lebih rendah berbanding tahun lalu. - Gambar hiasan
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Cuaca panas: Petani di Kelantan pasrah, tiada hasil padi dituai
Antara kawasan tanaman padi yang terjejas teruk ialah Kota Bharu Utara dan Selatan, terutama di sekitar Ketereh yang bergantung sepenuhnya kepada sumber air daripada pam Kemubu.
Kemarau: Kerajaan Kelantan gali 100 telaga tiub bantu pesawah
Kerajaan Kelantan akan menggali 100 buah telaga tiub bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang menghantui pesawah di negeri ini akibat kemarau.
Sabah peruntuk RM7.5 juta salur bekalan air kepada penduduk 12 daerah
Kerajaan Sabah memperuntukkan RM7.5 juta untuk menyalurkan bekalan air bersih kepada 58,080 keluarga di 12 daerah di negeri ini yang terjejas akibat cuaca panas dan kemarau.
Strok haba: Seorang masih dirawat di ICU, seorang di wad biasa - KKM
Sebanyak 28 kes berkaitan haba direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga semalam.
Permulaan fasa peralihan monsun dijangka pada 29 Mac ini - MetMalaysia
Keadaan cuaca panas dan kering yang dialami ketika ini di kebanyakan kawasan di seluruh negara dijangka beransur pulih menjelang pertengahan April.
Satu kes kematian akibat strok haba di Pahang - Zahid
Satu kes kematian akibat strok haba dilaporkan berlaku setakat ini membabitkan seorang lelaki berusia 22 tahun.
Cuaca panas, kering dijangka berkurang awal April
Keadaan cuaca panas dan kering yang dialami negara ketika ini dijangka mula berkurangan pada awal April.
Perlis, Hulu Perak dan Beaufort catat gelombang haba - MetMalaysia
Menurut MetMalaysia, sebanyak 29 kawasan di Semenanjung, tiga di Sarawak dan satu di Sabah merekodkan suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga.