KUALA LUMPUR: Permintaan jalur lebar internet di Malaysia mencecah paras tertinggi baharu dengan meningkat 20 peratus bagi tahun ke tahun pada 2022 hingga 2023, kata Malaysia Internet Exchange (MyIX).
Jumlah permintaan itu di paras tertinggi 2.311 TeraBit sesaat (Tbps) pada tahun lepas, melonjak daripada kemuncak 1.938 Tbps pada 2022 dan tertinggi pernah dicatatkan sejak penubuhan MyIX pada 2006.
MyIX yang juga inisiatif di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) adalah badan pertukaran internet terbesar di Malaysia dan bermatlamat meningkatkan infrastruktur kemudahan itu dengan memperkasa kalangan ahlinya untuk saling bertukar dan mengekalkan aliran trafik internet peringkat tempatan serta mengoptimumkan prestasi rangkaian.
"Hasil dapatan kami menunjukkan peningkatan ketara aktiviti dalam talian di seluruh negara," kata Pengerusi MyIX Chiew Kok Hin dalam satu kenyataan.
Beliau berkata sebagai reaksi terhadap peningkatan permintaan itu, jawatankuasa MyIX telah memutuskan untuk mengurangkan harga port sebanyak 10-20 peratus bagi menawarkan lebih banyak manfaat kepada kalangan ahli mulai 1 April, 2024.
Berikutan itu, secara khususnya kos port bagi 1 gigabit sesaat (Gbps) diturunkan kepada RM400 sebulan daripada RM500), 10Gbps dikurangkan kepada RM1,600 sebulan (berbanding RM2,000) manakala 100Gbps kini RM7,200 sebulan (sebelum ini RM8,000).
"Semakan penetapan harga MyIX itu menjadikan kami antara yang paling berpatutan dari segi pertukaran internet di rantau ini," katanya.
Malah, Chiew berkata rakan setara yang aktif turut memberi nilai kepada komuniti yang seterusnya dapat menyokong matlamat Malaysia bagi meningkatkan kelajuan internet, kemampuan dan akses selain turut menyumbang kepada masyarakat inklusif secara digital.
Pada masa sama, katanya, pelarasan harga strategik itu juga membolehkan MyIX mengukuhkan lagi peranan Malaysia dalam ekonomi digital serantau, menggalakkan pertumbuhan selain inovasi di semua peringkat.
Sementara itu, mesyuarat agung tahunan baru-baru yang turut dihadiri oleh Ketua Pembangunan Teknologi MCMC Mohamed Hakim Othman, turut menyaksikan MyIX memperkukuh komitmennya bagi memupuk barisan bakat tempatan.
Sejajar dengan pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat bagi membangunkan tenaga kerja mahir, MyIX juga baru-baru ini telah menganjurkan program latihan percuma untuk memperkasa kalangan individu terpilih dengan aspek pengetahuan dan kepakaran dalam ekonomi digital pada masa ini, khususnya infrastruktur rangkaian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
Jumlah permintaan di paras tertinggi 2.311 TeraBit sesaat (Tbps) pada tahun lepas, melonjak daripada kemuncak 1.938 Tbps pada 2022 dan tertinggi pernah dicatatkan. - Gambar hiasan/Freeimages
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Permintaan jalur lebar internet Malaysia cecah paras tertinggi - MyIX
Permintaan jalur lebar internet di Malaysia mencecah paras tertinggi baharu dengan meningkat 20 peratus bagi tahun ke tahun pada 2022 hingga 2023.