Meskipun kerjaya sebagai pengawal peribadi sering dikaitkan dengan golongan lelaki, namun permintaan untuk mendapatkan perkhidmatan pengawal peribadi wanita kian meningkat.
Atas kesedaran itu, Black Hawk Resources menggalakkan belia wanita menceburkan diri dalam kerjaya itu.
Pengurusnya P.Ravi berkata syarikat itu, yang selama ini hanya menyediakan latihan kepada golongan lelaki, menyasarkan untuk melatih golongan itu berikutan permintaan yang semakin bertambah daripada orang kenamaan wanita.
"Sejak ditubuhkan pada 2006, syarikat ini yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan mempunyai kira-kira 1,000 anggota dan hanya melatih golongan belia lelaki berumur antara 21 hingga 45 tahun.
"Namun, kami kini menyasarkan belia wanita yang berminat menjadikan pengawal peribadi sebagai kerjaya profesional," katanya dalam sidang media pada hari terakhir Program Belia Bebas Jenayah: Kursus Pengawal Peribadi di sini, hari ini.
Mengenai kursus tiga hari itu, Ravi berkata pihaknya menyediakan latihan asas kepada 22 belia lelaki yang berminat menjadi pengawal atau pemandu peribadi.
Ravi berkata pihaknya menumpukan terutamanya kepada belia yang berpendidikan rendah, menganggur serta tidak mempunyai kerjaya tetap untuk pekerjaan itu.
"Syarikat kami tidak melihat kepada kelayakan akademik dan kami beri peluang kepada golongan belia dengan menyediakan kursus secara berperingkat sebagai persiapan menjadi seorang pengawal atau pemandu peribadi.
"Daripada kita biarkan golongan itu terjebak dalam jenayah adalah lebih baik kita latih mereka untuk menjadi orang yang berguna," katanya.
Ravi berkata setiap peserta perlu menjalani tiga peringkat kursus iaitu asas, pertengahan serta lanjutan yang merangkumi ujian mental dan fizikal.
Selain itu, mereka dilatih mengendalikan senjata pada peringkat lanjutan dan mereka yang berjaya melepasi kesemua latihan akan diberikan sijil kursus serta kad pengawal peribadi.
Bernama
Sun Sep 01 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Permintaan pengawal peribadi wanita semakin meningkat
Meskipun kerjaya sebagai pengawal peribadi sering dikaitkan dengan golongan lelaki, namun permintaan untuk mendapatkan perkhidmatan pengawal peribadi wanita kian meningkat.