KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi menghalang penerbitan semula dan penyebaran rakaman kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa memfitnah bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman, yang mewakili Ahmad Zahid ketika dihubungi berkata, Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff menolak permohonan injunksi interim oleh Ahmad Zahid atas alasan isu yang dibangkitkan plaintif dan defendan perlu diputuskan melalui perbicaraan.
Sementara itu, peguam Mior Nor Haidir Suhaimi, yang mewakili Dr Mahathir berkata, mahkamah menolak permohonan plaintif selepas memutuskan bahawa ini bukanlah peringkat bagi pihak-pihak menghujahkan berkenaan merit kes.
"Mahkamah berpendapat plaintif (Ahmad Zahid) perlu membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir adalah tidak benar. Oleh itu, permohonan interim ditolak dengan kos RM5,000 dan mahkamah menetapkan 23 Ogos ini untuk pengurusan kes," kata Mior Nor Haidir ketika dihubungi selepas prosiding kes itu yang berlangsung melalui sidang video.
Pada 20 April lepas, Ahmad Zahid, 69, memfailkan saman fitnah terhadap Dr Mahathir, 96, selaku defendan berhubung dakwaan beliau menggunakan kedudukannya bagi mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu untuk mencampuri urusan perbicaraan kes jenayah yang masih berjalan di mahkamah.
Menerusi pernyataan tuntutannya, Ahmad Zahid berkata pada 19 Okt 2018, beliau dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, bagi 12 pertuduhan melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dan kesemua pertuduhan itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Ahmad Zahid mendakwa Dr Mahathir telah mengeluarkan kenyataan fitnah dengan niat jahat terhadapnya pada Majlis Pelancaran Aspirasi Parti Pejuang (Pejuang) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 23 Feb 2022.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mendakwa kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud bahawa beliau seorang yang menggunakan jalan pintas untuk menyelesaikan dan menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya yang masih berjalan serta menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi Dr Mahathir bagi mencampuri urusan perbicaraan jenayah dan mencampuri penyiasatan yang dijalankan oleh agensi penguatkuasaan terhadapnya.
Ahmad Zahid turut memfailkan permohonan injunksi interim supaya defendan sama ada secara diri sendiri, pegawai dan wakilnya untuk menarik balik kenyataan fitnah itu dan menghalang mereka menerbitkan, mengedarkan atau menyebarkan kenyataan itu atau kenyataan fitnah serupa di mana-mana platform media sosial.
Turut dipohon perintah injunksi interim bagi mengarahkan defendan memadam, menyunting dan menghentikan penerbitan sebahagian rakaman video majlis itu yang mengandungi kenyataan memfitnah di dalam portal-portal berita dalam talian dan sosial media di YouTube dan Facebook 'Astro AWANI' serta YouTube dan TikTok 'MalaysiaGazette TV'.
Selain itu, plaintif juga memohon perintah injunksi interim mengarahkan defendan menulis kepada mana-mana penerbit, penyunting, pengendali dan pemilik portal-portal berita dalam talian atau platform media sosial yang menerbitkan kenyataan fitnah itu supaya memadam dan menghentikan penerbitan kenyataan fitnah berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 05 2022

Mahkamah berpendapat plaintif (Ahmad Zahid) perlu membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir adalah tidak benar. - Gambar fail

Tangki air pecah: 2 pelajar Tingkatan Dua masih dapatkan rawatan
Dua daripada lima pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor masih menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Projek Ternakan Ayam | Felcra Berhad bakal bekal 3.5 juta ayam setahun
Felcra Berhad bakal menjadi pembekal 3.5 juta ayam pedaging setahun apabila siap projek ternakan ayam sistem tertutup di Rompin, Pahang.

Siasatan LCS | PAC pertahan tindakan dedah maklumat LCS
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh mempertahankan tindakan jawatankuasa itu mendedahkan laporan isu perolehan kapal tempur pesisir (LCS) kepada umum.

Haiwan Dilindungi | Warga asing dipenjara simpan kepala rusa, bulu landak
Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Sandakan, pada Selasa, selepas didapati bersalah memilik kepala rusa, tanduk kijang dan bulu landak. Tertuduh Jesus A Apolina-Rion, 49 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Darma-Fikri Abu Adam.

Tangki Air Runtuh | Lima pelajar cedera dikejar ke hospital
Lima pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Melor, Kota Bharu dikejarkan ke hospital serta klinik kesihatan selepas tangki air sekolah berkenaan runtuh. Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 10.05 pagi.

Pereka fesyen Issey Miyake meninggal dunia akibat kanser
Mendiang Issey Miyake meninggal dunia akibat kanser hati pada 5 Ogos lalu pada usia 84 tahun.

Cerita Sebalik Berita: 'Suara Anak Bumi'
Dokumentari 'Suara Anak Bumi' sempena Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia yang disambut pada 9 Ogos setiap tahun.

Pemimpin bercakaran sesama sendiri merugikan - Penganalisis
Serangan berbaur politik juga semakin menjadi-jadi tanpa mengira parti sama ada pembangkang atau kerajaan.

Tiada rekod ekspatriat gagal bayar cukai
Pembayaran cukai merupakan satu daripada syarat bagi membolehkan pas ekspatriat diperbaharui bagi tempoh seterusnya.

Dewan Negara lulus Akta Antilompat Parti, lebih dua pertiga sokong
Jumlah Ahli Dewan Negara yang menyokong ialah seramai 52 orang, sementara tujuh orang lagi tidak hadir.

Wanita nafi tipu pembelian projek PR1MA
Tertuduh didakwa atas dua pertuduhan memperdaya dua pembeli untuk membayar wang pendahuluan dan kos penyelenggara yang tidak wujud.

Pengarah agensi pelancongan didakwa iklan pakej furada tanpa lesen sah
Perbuatan itu bagi tujuan menunaikan haji sedangkan syarikat tersebut tidak mempunyai lesen sah daripada Lembaga Tabung Haji.

Dua warga China didenda, lima mengaku tak bersalah masuk Malaysia tanpa dokumen sah
Tujuh warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini atas pertuduhan memasuki Malaysia tanpa dokumen yang sah.

Mahkamah tolak permohonan Ahmad Zahid untuk injuksi interim terhadap Muhyiddin
Hakim menolak permohonan atas alasan isu yang dibangkitkan mesti diputuskan dalam perbicaraan.

Buruh dipenjara lima tahun, enam sebatan bersalah miliki pistol
Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan enam sebatan atas kesalahan memiliki sepucuk pistol.

Pemimpin politik digesa percepat pindaan berkaitan hak kewargangeraan - Shahrizat
Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyeru semua pemimpin politik agar mempercepatkan pindaan berkaitan hak kewarganegaraan di dalam Perlembagaan Persekutuan supaya ia tidak lagi berat sebelah.

Kevin Spacey diarah bayar AS$31 juta kepada pengeluar 'House of Cards'
Hakim mahkamah memaklumkan Spacey dan barisan peguamnya gagal membuktikan pemecatannya tidak menyebabkan kerugian.

Projek terowong dasar laut: Saksi dedah sanggup bayar RM19 juta demi Guan Eng
Seorang ahli perniagaan memberitahu mahkamah bahawa dia sanggup membayar RM19 juta agar siasatan SPRM terhadap Lim Guan Eng tidak diteruskan.

Hak kewarganegaraan: 'Ke mana anak saya nak pergi, apa nasib masa depannya?', soal responden
Keputusan katanya sangat mengecewakan, lebih lagi terhadap kehidupan kanak-kanak yang terus terkesan susulan keputusan hari ini.

Mahkamah tolak permohonan Indira Gandhi untuk mulakan prosiding terhadap KPN
Mahkamah Tinggi menolak permohonan kebenaran oleh M. Indira Gandhi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ketua Polis Negara (KPN).