awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan habeas corpus Maria Chin didengar 29 Nov

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
24/11/2016
02:54 MYT
Permohonan habeas corpus Maria Chin didengar 29 Nov
Ambiga (kanan) bersama-sama Gurdial (kiri) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. -Gambar Astro AWANI/Azzyati Ahmad
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 29 November untuk mendengar permohonan habeas corpus (penahanan secara salah) Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Maria Chin Abdullah.
Ia bagi mencabar penahanannya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA.
Tarikh tersebut ditetapkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan selepas kes disebut di dalam kamar hakim di sini, hari ini.
Hadir bagi pihak Maria Chin ialah tiga peguamnya Gurdial Singh Nijar, Datuk Ambiga Sreenivasan dan Eric Paulsen.
Maria Chin, 60, menamakan Ketua Unit Siasatan Jabatan Jenayah Terkelas di Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman Superintenden Tham Lai Kuan; Ketua Polis Negara; Menteri Dalam Negeri; dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Pihak responden memohon tujuh hari bagi memfailkan afidavit balasan berhubung permohonan Maria Chin. BACA: Penahanan Maria Chin di bawah SOSMA tiada kaitan dengan politik - Khalid
Namun, menurut Guardial, Hakim tidak membenarkan tempoh tersebut memandangkan responden telah membuat kenyataan mengenai sebab penahanan itu dan tidak ada keperluan untuk tempoh tujuh hari lagi.
Oleh itu, katanya, Pesuruhjaya Kehakiman menetapkan hari Isnin (28 Nov) bagi mereka menjawab dan Selasa (29 Nov) untuk mendengar permohonan itu.
Tambah Gurdial, pihaknya juga akan berhujah berhubung kehadiran Maria Chin semasa kes ini didengar.
Maria Chin ditahan dalam serbuan di ibu pejabat Bersih di Petaling Jaya, Selangor pada 18 November, kurang 24 jam menjelang perhimpunan Bersih 5 yang berlangsung di ibu negara pada keesokan harinya.
Turut ditahan ialah anggota urusetia Bersih, Mandeep Singh.
Topic Berkaitan
#Bersih
#kes mahkamah
#Maria Chin Abdullah
#SOSMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan