awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
MBPP aktifkan OPS Payung bagi tangani kesesakan sempena musim cuti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan ibu tunggal dapat kebenaran rayu keputusan benar MAIPS mencelah pada 26 September

Bernama
Bernama
06/07/2023
12:10 MYT
Permohonan ibu tunggal dapat kebenaran rayu keputusan benar MAIPS mencelah pada 26 September
Danial Farhan berkata timbalan pendaftar juga menetapkan pengurusan kes pada 11 Sept. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Permohonan ibu tunggal Loh Siew Hong untuk mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menjadi pencelah dalam prosiding perceraiannya, telah dijadualkan semula kepada 26 Sept.
J. Gunamalar, antara peguam yang mewakili Loh memberitahu Bernama bahawa mahkamah sebelum ini menetapkan permohonan itu didengar hari ini tetapi mereka memohon agar permohonan tersebut didengar pada tarikh lain kerana peguam utama tidak dapat hadir hari ini.
Pengurusan kes kemudiannya diadakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Rasidah Roslee yang menetapkan tarikh perbicaraan baharu itu.
Gunamalar dan peguam MAIPs Danial Farhan Zainul Rijal menghadiri pengurusan kes itu yang dijalankan secara dalam talian.
Danial Farhan berkata timbalan pendaftar juga menetapkan pengurusan kes pada 11 Sept.
Loh, 36, memfailkan permohonan kebenaran merayu pada Mac bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan MAIPs dijadikan responden kedua dalam petisyen penceraiannya dengan suami, Muhammad Nagahswaran Muniandy, membabitkan perintah hak penjagaan yang diberikan kepada ibu tunggal itu ke atas tiga anaknya.
Dalam petisyen perceraian itu, Loh telah diberikan hak penjagaan dan kawalan tunggal bagi tiga anaknya iaitu kembar perempuan berusia 15 tahun serta anak lelaki berusia 11 tahun.
Pada 7 Feb lepas, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa berdasarkan dua peruntukan iaitu Aturan 15 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan Seksyen 96 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, ia memberikan MAIPs hak undang-undang untuk mencelah.
Pada 15 Jun 2022, Mahkamah Tinggi menolak permohonan MAIPs untuk menjadi pencelah dalam prosiding perceraian pasangan itu bagi meminda perintah penjagaan anak pasangan itu yang diberikan kepada Loh dan Muhammad Nagahswaran yang memeluk Islam bersama tiga anaknya, untuk meminda hak penjagaan tunggal yang diberikan kepada Loh bagi membolehkannya menyediakan pendidikan Islam serta zakat kepada anak-anaknya.
MAIPs memfailkan permohonan untuk mencelah pada 7 Mac tahun lepas bagi membolehkan pihak berkuasa agama itu mempunyai locus standi (kedudukan undang-undang) untuk memohon mengubah syarat perintah yang diberikan kepada Loh.
Loh juga memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar penukaran agama anaknya kepada agama Islam yang didakwa dilakukan oleh bekas suaminya tanpa persetujuan beliau.
Beliau bagaimanapun gagal di Mahkamah Tinggi dan rayuannya belum selesai di Mahkamah Rayuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pendidikan Islam
#Mahkamah Tinggi
#tarikh perbicaraan
#peguam utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan