KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 24 Julai ini untuk mendengar permohonan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy bagi membatalkan saman difailkan 1MDB terhadap mereka yang menuntut bayaran AS$6.59 bilion.
Peguam Brendan Siva, yang mewakili 1MDB, ketika dihubungi, berkata Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan menetapkan tarikh itu pada pengurusan kes yang berlangsung secara dalam talian hari ini.
"Mahkamah turut mengarahkan kedua-dua defendan (Mohd Irwan dan Arul Kanda) memfailkan afidavit tambahan bagi permohonan mereka untuk meminda pernyataan pembelaan sebelum atau pada 31 Mei ini serta memfailkan hujahan tambahan untuk permohonan pembatalan saman sekiranya ada pada tempoh masa yang sama (31 Mei)," katanya.
Prosiding itu turut dihadiri peguam K. Lavinia mewakili Mohd Irwan manakala peguam K. Gobinath bertindak bagi pihak Arul Kanda.
Mohd Irwan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pada 18 Feb 2022, antaranya mendakwa tuntutan saman terhadapnya adalah pramatang kerana pelaburan Brazen Sky serta pembayaran Aabar Investments PJS Limited adalah jelas tidak kukuh memandangkan mahkamah masih belum menentukan 1MDB mengalami kerugian sebanyak AS$1.83 bilion dan AS$3.5 bilion.
Arul Kanda memfailkan permohonan sama pada 2 Jun 2022 atas alasan beliau tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kerugian yang ditanggung 1MDB hasil penyelewengan yang dilakukan oleh orang lain.
Arul Kanda dan Mohd Irwan disaman 1MDB pada Mei 2021 berhubung dakwaan mereka telah melakukan pecah amanah dan konspirasi menyebabkan 1MDB mengalami kerugian berjumlah US$1.83 bilion berhubung pelaburan dalam 1MDB-Petrosaudi Ltd yang ditukar kepada pelaburan Brazen Sky Limited (Brazen Sky), yang dikatakan terdapat dalam Bridge Global Fund.
1MDB juga mendakwa kedua-dua defendan itu melakukan pecah amanah dan konspirasi dengan menyeleweng wang 1MDB berjumlah US$3.5 bilion yang dibayar kepada Aabar Investments dan US$1.265 bilion dibayar kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) pada 9 Mei 2017.
Menurut 1MDB, Mohd Irwan juga berkonspirasi dengan Arul Kanda untuk menyebabkan syarikat itu melaksanakan Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan dan membuat pembayaran berjumlah RM2,905,200 kepada Arul Kanda selaras dengan perjanjian tersebut tanpa menghiraukan kepentingan 1MDB sehingga menyebabkan syarikat berkenaan mengalami kerugian.
Sehubungan itu, 1MDB antaranya menuntut kedua-dua defendan membayar US$6.59 bilion berhubung pelanggaran tersebut dan tambahan RM2.9 juta daripada Mohd Irwan berkaitan Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023
Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 24 Julai ini untuk mendengar permohonan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Arul Kanda Kandasamy bagi membatalkan saman difailkan 1MDB terhadap mereka yang menuntut bayaran AS$6.59 bilion. - Gambar fail.BERNAMA
10 Berita Pilihan - (5 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 6 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lelaki dicari bantu siasatan samun bersenjata kedai runcit
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai runcit dengan menggunakan parang di Jalan Pokok Machang, di sini semalam.
Mahkamah tolak rayuan lelaki tuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada syarikat pembersihan
Seorang lelaki gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk menuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan yang dimiliki warga Bangladesh.
Tujuh lelaki tular bergaduh di kasino sudah ditahan, dituduh di mahkamah
Polis mengesahkan enam lelaki tempatan dan seorang warga asing yang terbabit dalam pergaduhan di sebuah kasino di Genting Highlands telah ditahan serta dituduh di mahkamah.
Ugut, khianat, cederakan kekasih: Penjual burger dihukum penjara enam bulan, denda RM1,000
Tertuduh turut diperintah menjalani hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda.
Pelesenan platform media sosial tidak jejas pengguna
Penguatkuasaan kerangka pelesenan terhadap penyedia platform media sosial tidak akan menjejaskan pengguna perkhidmatan tersebut, menurut Kementerian Komunikasi.
Malaysia terbuka bekerjasama dengan Palestin pulihkan telekomunikasi Gaza - Fahmi
Malaysia tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Palestin untuk memulihkan sektor telekomunikasi di Gaza, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Sabah FC sambung kontrak Kim Swee hingga hujung musim 2024/2025
Kontrak Kim Swee pada asalnya bakal berakhir pada 30 Nov ini, namun kini disambung hingga April tahun depan.
Pecah amanah RM6.6 bilion: Najib kemuka representasi kedua
Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghantar representasi kedua kepada Jabatan Peguam Negara untuk membatalkan pertuduhan pecah amanah yang dihadapinya.
Permohonan Irwan Serigar, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar pada 24 Julai
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan menetapkan tarikh itu pada pengurusan kes yang berlangsung secara dalam talian hari ini.
1MDB: Saksi berulang kali jawab 'tidak ingat' apabila ditanya mengenai pernyataan sendiri
Saksi memberikan jawapan itu kepada beberapa soalan peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed pada perbicaraan kes 1MDB yang dihadapi oleh Najib Razak.
'Kedudukan kewangan negara masih kukuh' - Irwan Serigar
Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar berkata kedudukan kewangan mencukupi adalah asas yang membolehkan kerajaan laksanakan pelbagai projek.
MaGIC mulakan GAP dengan penyertaan 56 syarikat permulaan
Program Pemacu Global (GAP) dimulakan dengan penyertaan 56 syarikat permulaan dari 47 negara dengan faedah bernilai lebih RM1.7 juta (US$400,000).