awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan permit Rentas Sempadan Kenderaan Barangan ASEAN kini dibuka - APAD

Bernama
Bernama
20/03/2025
07:15 MYT
Permohonan permit Rentas Sempadan Kenderaan Barangan ASEAN kini dibuka - APAD
APAD memaklumkan menerusi perjanjian AFAFIST itu, pengendali berlesen dan berkelayakan berpeluang untuk menjalankan operasi rentas sempadan melibatkan pergerakan kenderaan barangan merentasi sempadan antara dua negara anggota ASEAN yang bersebelahan.
KUALA LUMPUR: Permohonan permit Rentas Sempadan Kenderaan Barangan ASEAN (AGVCB) bagi pengoperasian di bawah Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenai Kemudahan Pengangkutan Antara Negara (AFAFIST) yang bermula 6 April depan, kini boleh dikemukakan secara dalam talian.
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengendali kenderaan barangan yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan menerusi pautan https://iportal.ispkp.gov.my.
APAD memaklumkan menerusi perjanjian AFAFIST itu, pengendali berlesen dan berkelayakan berpeluang untuk menjalankan operasi rentas sempadan melibatkan pergerakan kenderaan barangan merentasi sempadan antara dua negara anggota ASEAN yang bersebelahan.
"Ini antara langkah strategik untuk mengukuhkan integrasi ekonomi di rantau ASEAN. Dengan memudahkan pergerakan kenderaan barangan, perjanjian ini membantu mengurangkan halangan perdagangan, meningkatkan kecekapan logistik dan perdagangan antara negara ASEAN.
"Perjanjian ini mencerminkan komitmen negara ASEAN untuk mengukuhkan integrasi ekonomi serantau, APAD menggalakkan pengendali berkelayakan untuk mengemukakan permohonan agar dapat memperkukuh kelancaran perdagangan dan logistik antara negara ASEAN," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, bagi membolehkan kenderaan barangan pengendali pengangkutan Malaysia yang berkelayakan untuk memohon permit AGVCB, APAD memaklumkan pengendali berlesen di negara ini adalah dikecualikan daripada pemakaian had berat maksimum dengan muatan dibenarkan.
"Ia seperti dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Peraturan-Peraturan Pengangkutan Awam Darat (Peredaran Antarabangsa) (Kenderaan Barangan Rentas Sempadan ASEAN) 2023," menurut kenyataan itu yang turut memaklumkan tempoh pengecualian adalah sehingga 2 Mac 2028.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APAD
#ASEAN
#rentas sempadan
#kenderaan perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan