awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan semakan keluarga Nora Anne diputuskan pada 16 Jun

Bernama
Bernama
09/06/2021
14:54 MYT
Permohonan semakan keluarga Nora Anne diputuskan pada 16 Jun
Pada 4 Jan lepas, Koroner Maimoonah Aid memutuskan bahawa tidak ada individu lain terlibat dalam kes kematian remaja berusia 15 tahun itu. - Gambar fail
SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 16 Jun untuk memutuskan permohonan semakan keluarga Nora Anne Quoirin terhadap keputusan Mahkamah Koroner bahawa kematian remaja perempuan Perancis-Ireland itu adalah disebabkan oleh peristiwa malang atau nahas.
Peguam keluarga itu Louise Azmi ketika dihubungi berkata Hakim Azizul Azmi Adnan akan memberikan keputusan pada 5 petang.
Mahkamah menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak hari ini.
Pada 4 Jan lepas, Koroner Maimoonah Aid memutuskan bahawa tidak ada individu lain yang terlibat dalam kes kematian remaja berusia 15 tahun itu dan menyifatkan insiden tersebut sebagai satu peristiwa malang.
Sejumlah 48 saksi termasuk ibu bapa remaja itu, Meabh Jaseprine Quoirin dan Sebastien Quoirin, memberikan keterangan pada prosiding inkues yang bermula pada 24 Ogos tahun lepas.
Nora Anne didapati hilang pada 4 Ogos 2019, sehari selepas beliau serta keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian dua minggu di sebuah pusat peranginan di Pantai, Seremban dan 10 hari kemudian, mayatnya ditemukan berhampiran sebatang anak sungai di sebuah lurah kira-kira 2.5 kilometer daripada pusat peranginan tersebut susulan operasi pencarian besar-besaran oleh pihak berwajib.
Laporan awal bedah siasat menyatakan kematian remaja itu, yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya, tidak mempunyai unsur jenayah dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat pendarahan usus disebabkan kebuluran serta tekanan berpanjangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nora anne
#kematian
#remaja
#Perancis
#Ireland
#kemalangan
#hilang
#Seremban
#keputusan mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan