awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jiwa saya 'kacau' setiap kali lagu Negaraku berkumandang - Dharma Raj
Bersatu berdepan cabaran sokongan PN dan legitimasi MB Perlis - Penganalisis
Pekerja kedai rugi lebih RM20,000 akibat kerja tidak wujud
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan surat pengesahan pernikahan rakyat Malaysia di selatan Thailand meningkat

Bernama
Bernama
10/03/2019
04:21 MYT
Permohonan surat pengesahan pernikahan rakyat Malaysia di selatan Thailand meningkat
Kebanyakan permohonan surat pengesahan melibatkan perkahwinan sesama rakyat Malaysia di pejabat-pejabat agama Islam di selatan Thailand. - Gambar hiasan
Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla, Thailand, merekodkan peningkatan permohonan rakyat Malaysia untuk mendapatkan surat pengesahan pernikahan di selatan Thailand sejak 2011.
Konsul Jeneralnya, Mohd Afandi Abu Bakar berkata sebanyak 4,653 permohonan surat pengesahan pernikahan diterima tahun lepas berbanding 4,375 pada 2017.
Menurutnya, mengikut statistik, pejabat itu menerima 2,885 permohonan pada 2011, sebanyak 3,463 (2012), diikuti 3,485 (2013), 3,831 (2014), 4,081 (2015) dan 4,178 (2016).
Beliau ditemui pada program Persatuan Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Malaysia-Thailand (MalTha Riders Association) di sini hari ini.
Mohd Afandi berkata majoriti permohonan melibatkan pasangan yang telah berkahwin dua atau tiga tahun dan ia diajukan mungkin atas beberapa sebab seperti keperluan mendaftarkan anak.
Kebanyakan permohonan itu, kata beliau, melibatkan perkahwinan sesama rakyat Malaysia di pejabat-pejabat agama Islam di selatan Thailand.
Permohonan surat pengesahan pernikahan itu turut diterima daripada mereka yang telah berkahwin selama 20 tahun, namun bilangannya kecil, katanya.
Beliau menasihati rakyat Malaysia supaya tidak menggunakan ejen dalam urusan pernikahan yang mungkin menjurus kepada masalah dari segi status perkahwinan kelak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#daftar anak
#ejen
#Islam
#Konsul Malaysia
#Mohd Afandi Abu Bakar
#pejabat agama
#peningkatan
#perkahwinan
#pernikahan
#poligami
#rakyat Malaysia
#selatan thailand
#Songkhla
#surat pengesahan
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan