LABUAN: Kerja-kerja perobohan lebih 500 struktur haram di atas tanah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di Kampung Gersik di sini ditangguhkan kepada 28 Feb, 2024.
Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman berkata keputusan itu susulan maklum balas kepada nasib penduduk terjejas dengan memberi mereka masa tambahan untuk mencari rumah alternatif.
Suhaili berkata beliau telah menghubungi pegawai MUIS mengenai perkara itu, menekankan perlunya empati dan kefahaman terhadap individu terlibat.
"Saya telah menyampaikan desakan menangguhkan perobohan itu kepada pegawai MUIS dan mereka bersetuju untuk melanjutkan (masa mencari rumah) hingga akhir Februari tahun depan," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata pada Sabtu, hampir seribu penduduk terjejas berkumpul di balai raya Kg Gersik untuk bertemu dengannya dan berkongsi kesukaran mereka mendapatkan rumah sewa mampu milik di tempat lain.
"Mereka ini akan kehilangan tempat tinggal dalam sekelip mata jika perobohan diteruskan, kerana mereka tidak mempunyai tempat perlindungan untuk keluarga mereka.
"Semasa menguatkuasakan undang-undang, penting untuk turut mempertimbangkan aspek kemanusiaan," katanya.
Suhaili berkata hampir 100 peratus daripada lebih 3,000 orang yang menetap di tanah itu adalah rakyat Malaysia, kebanyakannya mempunyai anak yang masih bersekolah.
"Keluarga-keluarga ini telah menduduki tanah itu sejak 30 tahun lepas, keputusan untuk menangguhkan perobohan itu mencerminkan keseimbangan antara menguatkuasakan peraturan dan mempertimbangkan keperluan manusiawi mereka yang terjejas, memberikan mereka tempoh masa lebih panjang untuk mencari penyelesaian perumahan alternatif," katanya.
Beliau berkata penangguhan itu hanya untuk rumah-rumah yang masih diduduki, rumah yang sudah dikosongkan dijadualkan untuk perobohan minggu depan.
MUIS memulakan proses perobohan pada 23 Nov lepas bermula dengan 45 struktur haram dan akan disambung semula Isnin ini.
Majlis itu telah mengeluarkan notis enam bulan kepada penduduk pada 22 Mei lepas dengan tarikh luput 22 Nov.
Ketua Penolong Setiausaha (Pelaburan) MUIS Putera Aliif Al'Ain Jasni berkata lebih 500 buah rumah dibina di dua plot tanah MUIS iaitu masing-masing berkeluasan 4.946 hektar dan 9.025 hektar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2023
Seorang kanak-kanak penghuni setinggan melalui kawasan struktur rumah yang dirobohkan susulan pelaksanaan Ops Pengusiran dan Roboh Penempatan Tidak Sah. - Foto BERNAMA
Kerajaan negeri diseru pinda enakmen berkaitan hutan, masukkan kaedah penyiasatan awam
Semua kerajaan negeri diseru untuk melaksanakan pindaan terhadap enakmen berkaitan hutan negeri masing-masing dengan memasukkan kaedah penyiasatan awam,
Bilangan ahli UMNO bertambah walaupun selepas pemutihan
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, bilangan ahli parti itu semakin bertambah biarpun selepas melakukan langkah pemutihan melibatkan ahli-ahli yang telah meninggalkan parti itu.
Ketakutan kepada PAS, faktor PN tak dapat undi bukan Melayu
Bagaimanapun, Hisomuddin berkata kemenangan calon Kerajaan Perpaduan di Kuala Kubu Baharu tidak boleh disimpulkan dengan naratif bahawa orang Melayu 'kembali' menyokong gabungan berkenaan.
UMNO kian kukuh, keahlian terus bertambah - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti pimpinannya itu kian kukuh, di sebalik pelbagai tohmahan dilontarkan pihak tertentu.
Terengganu FC menang, tetapi Steinbrukner tidak puas hati prestasi
Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner menganggap anak buahnya tidak mencapai tahap diharapkan, meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak FC pada perlawanan pembukaan liga super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Sabtu.
Permulaan kebangkitan Syafiq Ahmad
Penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad bertekad untuk menampilkan persembahan lebih tajam supaya dapat kembali membarisi skuad Harimau Malaya.
Hari Ibu di Gaza: Kehilangan, pemindahan dan kelaparan
Dalam khemah yang serba daif, para ibu Palestin terpaksa menanggung tragedi yang tidak terungkap di kawasan Al-Mawasi yang bukan
Bantuan psikologi kepada Faisal, keluarga
Selangor FC telah melakukan perbincangan dengan pihak hospital dan Institut Sukan Negara (ISN) untuk memberikan bantuan psikologi terhadap Faisal Halim bagi menangani trauma akibat insiden simbahan asid terhadap pemain itu baru-baru ini.
Bekas bintang Everton, Tim Cahill kunjungi fasiliti, stadium JDT
Bekas bintang Australia, Tim Cahill, mengunjungi fasiliti kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim dan Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam.
Tular kes seludup di Forest City, kastam sahkan video lama
Jabatan Kastam menafikan berlaku aktiviti penyeludupan minuman keras di kedai bebas cukai di Forest City seperti video tular di media sosial.
Perobohan lebih 500 rumah haram atas tanah MUIS ditangguh
Keputusan itu susulan maklum balas kepada nasib penduduk terjejas dengan memberi mereka masa tambahan untuk mencari rumah alternatif.