KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dijadual mengeluarkan secara besar-besaran kenderaan elektrik (EV) mampu milik pada hujung tahun 2025.
Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, ia selaras dengan pelantikan syarikat pengeluar kenderaan itu untuk menerajui pengeluaran kenderaan elektrik mampu milik di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
"Projek kenderaan elektrik Perodua. Perodua telah bekerjasama dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa untuk menghasilkan prototaip EV berkenaan.
"Terima kasih syarikat Perodua kerana membantu Malaysia dalam memajukan teknologi kenderaan elektrik dan memperkukuhkan mobiliti mampan Malaysia," katanya dalam satu muat naik di media sosial, pada Rabu.
Pada 29 November lalu, Perodua umum menyasar kenderaan elektrik (EV) dan hibrid jenamanya menyumbang sehingga 20 peratus daripada jualan keseluruhan kereta baharu menjelang 2030.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, angka jualan itu mungkin boleh dicapai "jika semua pemain industri boleh bekerjasama."
"Kami bekerjasama dengan kerajaan dan rakan kongsi yang lain. Kami juga telah dilantik dalam pelan perindustrian baharu untuk menerajui pembangunan EV di Malaysia.
"Kita perlu menghasilkan produk baharu. Kita belum memuktamadkan masa pengeluarannya, tetapi sasaran yang diberikan oleh kerajaan - 20 peratus menjelang 2025 atau 2030 akan menjadi kenyataan jika semua pihak memberi kerjasama," katanya.
Afiezy Azaman
Wed Jan 17 2024
Tengku Zafrul Abdul Aziz mengetuai perbincangan dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa untuk menghasilkan prototaip EV Perodua.
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
Perodua keluarkan EV mampu milik hujung tahun 2025 - Zafrul
Perodua telah bekerjasama dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa untuk menghasilkan prototaip EV berkenaan.
Perodua setuju beli semula kereta dengan harga penuh - Pemilik Bezza
Perodua juga menawarkan kepadanya untuk membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman sama atau menolak tawaran berkenaan dan membeli yang lain.
'Sudah jawab, tapi tiada solusi' - Pemilik kereta baru beli lapan jam rosak
Perodua Sales Sdn Bhd didakwa masih tidak memberi solusi yang tuntas meskipun telah mengeluarkan kenyataan media berhubung isu kereta jenis Bezza yang rosak dalam masa lapan jam walaupun baru dibeli.
Perodua respon isu tular kereta baru beli lapan jam rosak
Pihaknya menawarkan kereta sementara kepada pelanggan tersebut untuk digunakan atau membeli semula unit berkenaan.
Kereta baru beli tidak sampai lapan jam rosak, pusat servis dakwa gula dalam enjin penyebab utama
Pelik tapi benar - enjin kereta baharu itu rosak disebabkan ada benda asing seperti gula!
Perodua sasar 20 peratus jualan EV menjelang 2030
Perodua menyasar kenderaan elektrik (EV) dan hibrid jenamanya menyumbang sehingga 20 peratus daripada jualan keseluruhan kereta baharu menjelang 2030.
Jualan suku ketiga Perodua naik 28.3 peratus, pendaftaran lepasi 230,000
Setakat sembilan bulan pertama tahun ini, Perodua berjaya menghasilkan sejumlah 245,341 unit kenderaan, peningkatan sebanyak 18.6 peratus.
Betamek raih kontrak RM436.5 juta untuk model kereta baharu Perodua
Penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik, Betamek Bhd meraih kontrak bernilai RM436.5 juta untuk membekalkan pelbagai komponen elektronik untuk model kereta baharu Perodua.
Bezza terlaris, prestasi pengeluaran, jualan Perodua meningkat separuh pertama 2023
Pengeluaran dan jualan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) untuk separuh pertama 2023, masing-masing meningkat 17 peratus dan 13.6 peratus.
Perodua lancar Axia E mampu milik, harga bermula RM22,000
Perodua melancarkan model Perodua Axia E mampu milik hari ini, menyasarkan terutamanya kepada penunggang motosikal, sekolah memandu dan kumpulan berpendapatan rendah.