awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Brunei jalani pembedahan lutut 18 Januari ini
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pemerkasaan tahfiz bina huffaz profesional seimbang - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perodua tawar bantuan pemilik kereta terjejas akibat banjir

Bernama
Bernama
07/11/2017
13:00 MYT
Perodua tawar bantuan pemilik kereta terjejas akibat banjir
Perodua menawarkan bantuan kepada semua pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir kilat di Pulau Pinang pada Ahad.
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menawarkan bantuan kepada semua pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir kilat di Pulau Pinang pada Ahad.
Bantuan tersebut termasuklah diskaun 20 peratus bagi alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma untuk menentukan kerosakan yang dialami kenderaan Perodua semasa banjir, kata pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan hari ini.
Syarikat itu berkata alat-alat ganti tersebut termasuklah semua barang elektronik, karpet, tempat duduk kenderaan, trim pintu dan gasket enjin.
Pengarah Urusan Jualan Perodua Sdn Bhd Datuk Dr Zahari Husin berkata perkhidmatan tokokan nilai itu akan membantu meringankan beban pelanggan Perodua yang terjejas akibat bencana tersebut.
"Oleh kerana beberapa pusat servis kami di Pulau Pinang terjejas akibat banjir, para pelanggan boleh merujuk kepada cawangan servis kami di Juru, Prai dan Kulim untuk bantuan.
"Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyambung kembali operasi di kawasan yang terlibat secepat mungkin," kata Zahari.
Pelanggan Perodua yang terjejas dengan banjir boleh membuat panggilan ke talian pelanggan bebas tol 1-800-88-5555 bagi bantuan penundaan. Mereka juga boleh menghubungi nombor tersebut untuk mengetahui status penghantaran kereta mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#alat ganti
#banjir
#barang elektronik
#Datuk Dr Zahari Husin
#juru
#karpet
#kereta
#Kulim
#operasi
#Perodua
#Prai
#pulau pinang
#tempat duduk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan