awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga polis, seorang awam maut dalam insiden tembakan di Sibulan, Filipina
Legacy 30 Siti Nurhaliza: Antara nostalgia, kecekalan dan cita-cita baharu tiga dekad
MAIS ingatkan umat Islam tidak sertai aktiviti, tolak sebarang cubaan normalisasi budaya LGBT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perolehan projek TDM: SPRM sita wang tunai, jongkong emas bernilai RM6.9 juta

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
09/01/2026
13:53 MYT
Perolehan projek TDM: SPRM sita wang tunai, jongkong emas bernilai RM6.9 juta
SPRM mengesahkan sitaan berkenaan membabitkan sebuah SVR, emas dan wang tunai dengan nilai keseluruhan RM6.9 juta. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita emas, wang tunai pelbagai mata wang asing, dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SVR) berprestasi tinggi, dianggarkan bernilai RM6.9 juta, dalam siasatan kes rasuah membabitkan perolehan projek Tentera Darat.
Menurut sumber, pemeriksaan dilakukan selepas SVR itu ditemui di sebuah bengkel sekitar Lembah Klang, dipercayai ditinggalkan untuk tujuan pembaikan.
"Hasil pemeriksaan, pihak SPRM menemui tiga jongkong emas 999 seberat satu kilogram setiap satu (dianggarkan RM1.8 juta), sembilan keping emas seberat 100 gram setiap satu (lebih RM500,000).
"Malah, wang tunai dalam beberapa mata wang asing termasuk Dolar Amerika, Euro, Pound, Yen Jepun dan Riyal Arab Saudi dan sebuah kenderaan SVR berprestasi tinggi, dianggarkan bernilai RM360,000 turut dijumpai," katanya.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus, mengesahkan sitaan ini, yang disiasat di bawah Seksyen 16(b) Akta SPRM 2009.
"SPRM juga menyita enam akaun bank dipercayai milik seorang pegawai kanan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan dakwaan rasuah membabitkan perolehan projek TDM' katanya.
Semalam, seorang bekas Panglima Tentera Darat direman selama tujuh hari, manakala isteri pertamanya dan kedua direman tiga dan enam hari masing-masing, bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Rasuah
#tentera darat
#perolehan projek TDM
#wang tunai
#jongkong emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan