APABILA ditanya tentang keunikan Malaysia, saya yakin rata-rata akan menyatakan makanannya! Dengan kepelbagaian budaya,kaum dan agama, makanan Malaysia memang terkenal seluruh dunia dengan kepelbagaiannya.
Setiap kaum dan negeri di Malaysia mempunyai makanan tradisi mereka yang tersendiri. Susah hendak saya senaraikan semua, terlalu banyak dan pelbagai, dan takut terliur juga yang membacanya.
Kalau cakap tentang nasi goreng sahaja, kita ada nasi goreng kampung, nasi goreng cina, nasi goreng mamak malah nasi goreng USA.
Sesudah 62 tahun Merdeka, selepas 56 tahun penubuhan Malaysia, dan setelah sekian lama hidup bersama, makanan di negara kita sudah banyak berubah.
Makanan tradisi kita melalui pengubahsuaian termasuklah penerapan unsur-unsur budaya dan kaum yang lain yang akhirnya menjadi cita rasa Malaysia.
Ada juga makanan yang terhasil daripada percampuran semua unsur kaum dan budaya dalam Malaysia seperti nasi lemak.
Di dalam nasi lemak ada elemen Melayu, Cina dan India. Dan bergantung kepada tempat, ada juga unsur-unsur daripada kaum-kaum yang lain juga.
Perubahan kepada semua makanan ini sebenarnya menggambarkan keadaan sosial dan perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia.
Kita mungkin Melayu, tetapi bukan 100 peratus Melayu, kita mungkin Cina tetapi bukan 100 peratus Cina, kita mungkin India tetapi bukan 100 peratus India.
Ada elemen-eleman kaum lain dalam diri kita tidak kiralah dari segi keturunan, bahasa, atau budaya. Dan tentunya dalam setiap diri kita ada elemen Malaysia yang sama seperi suka nasi lemak, sokong sukan badminton dan memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan jalan raya.
Kita sendiri juga suka kepada makanan kaum dan budaya lain. Ada orang Melayu yang suka makan char kuey teow, orang Cina suka putu mayam, dan orang India yang suka lemang.
Ada yang hanya sekadar suka makan, tetapi ada juga yang pergi lebih jauh termasuklah pandai untuk menyediakan makanan kaum lain dan juga mengetahui sejarah dan budaya di sebalik satu-satu jenis makanan itu.
Begitu mudah untuk mengaitkan perpaduan antara seluruh rakyat Malaysia dengan mencari satu titik persamaan seperti kita suka makanan yang sama dan sokong Datuk Lee Chong Wei bersama-sama ketika beliau menentang Lin Dan di dalam perlawanan badminton.
Begitu mudah juga untuk menggambarkan perpaduan dengan mengatakan kita ada kawan daripada kaum yang lain dan menyambut perayaan kaum lain bersama-sama.
Tapi selepas 62 tahun kemerdekaan dan 59 tahun penubuhan Malaysia, adakah ini sahaja standard dan skrip kita dalam menunjukkan perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia?
Selain persamaan, kita juga banyak perbezaan. Adakah kita akan ketepikan semua perbezaan itu semua?
Kita boleh mengiktiraf makanan kaum lain melalui keenakan mereka dan bagaimana mereka sudah menjadi sebahagian daripada apa yang didefinisikan sebagai makanan Malaysia.
Adakah kita masih tidak mampu untuk mengiktiraf sesama kita yang berlainan latar belakang sebagai warganegara Malaysia yang sama-sama cintakan negara ini?
Kita dapat menyelami perbezaan antara makanan tradisi antara semua kaum tetapi kenapa kita masih belum dapat meraikan perbezaan antara kita semua.
Kita boleh belajar menyediakan makanan kaum lain namun kita tidak pernah cuba untuk memahami budaya dan sensitiviti kaum lain.
Selepas berpuluh tahun lamanya, kita perlu membina perpaduan yang lebih daripada sekadar berbentuk luaran semata-mata.
Terutamanya selepas sekian lama, perpaduan yang ada seperti begitu rapuh apabila kita senang diuji dengan isu-isu yang melibatkan kaum dan agama.
Terutamanya ada golongan yang tidak bertanggungjawab yang cuba mencetuskan perasaan syak wasangka dan kebencian antara kita kerana merasakan mereka dapat mendapat faedah daripada perpecahan antara kita.
Sempena Hari Kebangsaan ke-62 dan Hari Malaysia ke-56, marilah kita bersama-sama menanam kerelaan hati untuk membina hubungan dan pemahaman yang lebih mendalam sesama kita.
Hayati dan raikan perpaduan yang bukan sahaja berlandaskan persamaan namun juga berlandaskan perbezaan dan kepelbagaian.
Seperti ahli keluarga dan adik-beradik yang ada persamaan dan perbezaan, kita tetap satu keluarga, dan negara Malaysia ini adalah rumah kita bersama.
Selamat Hari Kebangsaan ke-62 dan Hari Malaysia ke-56 kepada seluruh rakyat Malaysia.
* Young Syefura Othman ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari
** Pandangan yang diutarakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak berkaitan dengan Astro AWANI.
Young Syefura Othman
Fri Aug 30 2019
Di dalam nasi lemak ada elemen Melayu, Cina dan India. Kalau nasi goreng pula, ada nasi goreng kampung, nasi goreng cina, nasi goreng mamak. -INSTAGRAM / night_walker_2301, nadm
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Bangsa Malaysia konsep penyatuan, bukan lenyapkan mana-mana etnik
Aaron berkata, konsep Bangsa Malaysia sering kali disalah tafsir sebagai sentimen perkauman, sekali gus menjadi cabaran utama.
Menginstitusikan bangsa Malaysia: Menguat atau melemahkan federalisme?
Rentetan peristiwa itu, pada saya merupakan bibit-bibit antagonis kepada fundamental dan sains politik negara ini. Ada yang lupa negara kita ini berbilang kaum dan agama.
Perpaduan harus bermula dari sekolah - Lee Lam Thye
Sejauh mana pendidikan mampu memupuk semangat integrasi kaum seterusnya mencetuskan persahabatan merentas etnik yang kekal dan kukuh?
'Malaysia Baharu' tiada makna tanpa 'pembaharuan manusia'
Kita harus buktikan bahawa agama bukan penghalang, tetapi sebaliknya pendorong kepada pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu.
Belia mahu TN50 bentuk identiti 'Bangsa Malaysia' - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kebanyakan sesi dialog yang dihadirinya menekankan isu sama oleh belia selain menekankan kepentingan toleransi rakyat.