awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perpustakaan Digital Kota Melaka buka peluang pelajar kuasai teknologi maklumat

Bernama
Bernama
10/08/2025
15:00 MYT
Perpustakaan Digital Kota Melaka buka peluang pelajar kuasai teknologi maklumat
Khoo berkata, perpustakaan itu membolehkan pelajar menikmati kemudahan pembelajaran moden dengan lebih mudah, terutama bagi mereka yang sebelum ini berdepan kekangan akses kepada teknologi maklumat. - Gambar Facebook Khoo Poay Tiong
MELAKA: Pelajar di kawasan Parlimen Kota Melaka, khususnya daripada keluarga B40, kini berpeluang menikmati kemudahan pembelajaran moden dan akses teknologi maklumat melalui kewujudan Perpustakaan Digital yang baharu dilancarkan.
Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong berkata perpustakaan itu membolehkan pelajar menikmati kemudahan pembelajaran moden dengan lebih mudah, terutama bagi mereka yang sebelum ini berdepan kekangan akses kepada teknologi maklumat.
"Perpustakaan digital ini merupakan platform yang membolehkan pelajar menguasai kemahiran komputer, Internet dan aplikasi digital yang semakin penting dalam dunia pendidikan dan kerjaya masa kini.
"Dengan kemudahan ruang kondusif untuk belajar ini, ia juga memberi manfaat kepada pelajar di lapan sekolah menengah dalam kawasan Kota Melaka untuk meneroka bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau merasmikan Perpustakaan Digital Kota Melaka di Pusat Komuniti Kampung Tujuh, Gajah Berang dan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana Low Chee Leong.
Khoo berkata perpustakaan yang mampu memuatkan hingga 100 pelajar pada satu masa itu turut dilengkapi capaian Internet percuma, komputer, perisian pembelajaran serta ruang mesra komuniti yang membolehkan pelajar belajar secara individu atau berkumpulan tanpa sebarang bayaran.
Beliau berkata pihaknya merancang untuk bekerjasama dengan syarikat teknologi maklumat (IT) tempatan bagi membolehkan pelajar mengikuti kursus IT, bengkel pengaturcaraan serta pelbagai aktiviti yang mencungkil minat dan bakat mereka dalam bidang teknologi, di samping mengukuhkan kemahiran relevan untuk pasaran kerja pada masa hadapan.
"Kita berharap Perpustakaan Digital Kota Melaka akan melalui transformasi menjadi perpustakaan kecerdasan buatan (AI) dengan kerjasama pemain industri teknologi sekali gus menjadikannya hab ilmu digital yang mampu memperkasa komuniti setempat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#STEM
#perpustakaan digital
#keluarga B40
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan