KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa, beliau mendahulukan dana Yayasan Akalbudi (YAB) sebanyak RM1.3 juta kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM), kerana pemain dan kakitangan persatuan itu tidak mendapat gaji dan elaun selama empat bulan.
Ahmad Zahid, 69, berkata beliau sebelum ini tidak pernah memberi apa-apa sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak PDRM, bagaimanapun sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu, PDRM berada di bawah kendaliannya.
"Saya telah dimaklumkan oleh menantu saya Datuk Zul Hisham Zainal bahawa, persatuan bola sepak itu berada dalam keadaan yang sangat memerlukan bantuan kewangan, memandangkan empat bulan gaji mereka tidak dibayar menyebabkan pemain dan staf tidak berkemampuan untuk membayar perbelanjaan peribadi, seperti membayar sewa rumah, kereta, nafkah dan keperluan lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi, semasa membela diri atas 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata wang pendahuluan tersebut adalah seiring dengan objektif penubuhan YAB, yang mana ia ditubuhkan untuk membantu daripada segi kebajikan kepada mereka yang memerlukan.
Beliau menegaskan pertuduhan kesembilan yang dikenakan ke atasnya iaitu melakukan pecah amanah berhubung sumbangan RM1.3 juta kepada persatuan itu, bukan satu kesalahan pecah amanah kerana pemegang amanah YAB, Muhammad Nabil Salleh dan Datuk Khairuddin Tarmizi, tidak pernah membantah wang pendahuluan yang diberikan.
Menurut Ahmad Zahid, berdasarkan keterangan Zul Hisham dan ASP Mohd Nizam Mohd Noor, persatuan itu mempunyai tanggungan seramai 30 pemain tempatan, termasuk tiga pemain import dan juga 15 orang dalam kumpulan pengurusan.
"Saya juga dimaklumkan bahawa pemain-pemain persatuan itu adalah pemain sepenuh masa, yang mana mereka bergantung sepenuhnya kepada gaji yang diberikan sebagai pemain bola sepak.
"Gaji kesemua pemain dan staf secara purata dalam anggaran RM500,000 sehingga RM600,000 sebulan dan semasa persatuan itu mempunyai masalah kewangan, bayaran gaji yang tertunggak adalah dalam anggaran RM1.3 juta selama empat bulan," katanya.
Selain itu, Ahmad Zahid menafikan pertuduhan ke-19 yang mana beliau didakwa melakukan pecah amanah dana YAB berjumlah RM10 juta, dengan memberikan pinjaman wang tersebut kepada Armada Holdings Sdn Bhd.
Katanya, bayaran kepada Armada Holdings berjumlah RM10 juta adalah satu pelaburan kepada syarikat tersebut, yang terlibat dengan projek pembekal arang batu Indonesia untuk kontrak spot TNB Fuel Services Sdn Bhd.
"Setakat pengetahuan saya, sepertimana yang dipersetujui, RM10 juta itu diberikan kepada Armada Holdings sebagai satu pelaburan yang dibuat oleh Yayasan Akalbudi, dan bukan pinjaman.
"Pulangan pelaburan yang diterima itu juga, telah berjaya mendatangkan keuntungan kepada Yayasan Akalbudi yang mana keuntungan tersebut boleh digunakan untuk tujuan amal jariah, selari dengan objektif yayasan tersebut," katanya dan menambah pelaburan RM10 juta kepada Armada Holdings telah dibayar balik bersama-sama dengan faedah sebanyak RM69,722.65.
Perbicaraan yang berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 24 2022
Ahmad Zahid (tengah) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, untuk prosiding bela diri bagi 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi.- Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini, wadah junjung prinsip parti - Ahmad Zahid
Persidangan cawangan UMNO yang bermula hari ini perlu djadikan wadah menyuntik nilai kebersamaan dan menjunjung prinsip kesetiaan terhadap perjuangan parti.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
PRK Kuala Kubu Baharu: 'UMNO sokong siapa saja calon Kerajaan Perpaduan' - Zahid Hamidi
UMNO menyokong mana-mana calon yang akan diputuskan untuk mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pelan Industri Sukan kini di fasa akhir - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Belia dan Sukan kini dalam fasa akhir membangunkan Pelan Industri Sukan, yang menggariskan strategi dan inisiatif memberi manfaat kepada sektor industri sukan.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.