awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persatuan Genealogi Malaysia cadang istilah 'Bendahara' digunakan untuk Ketua Kerajaan Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
16/02/2022
08:41 MYT
Persatuan Genealogi Malaysia cadang istilah 'Bendahara' digunakan untuk Ketua Kerajaan Sarawak
Pada Selasa, Dewan Undangan Negeri Sarawak meluluskan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak yang mengandungi klausa untuk menukar gelaran jawatan ketua menteri kepada premier. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persatuan Genealogi Malaysia mencadangkan agar istilah 'bendahara' digunakan bagi merujuk kepada jawatan Ketua Kerajaan Sarawak.
Menurut Presiden Persatuan Genealogi Malaysia, Megat Iskandar Megat Zaharuddin dengan penggunaan istilah Bendahara Sarawak, gelaran penuh penyandang jawatan Ketua Kerajaan Sarawak akan dikenali sebagai Y.A.B Bendahara Sarawak atau Y.A.B Pehin Bendahara Sarawak.
“Selaras dengan pengiktirafan Sarawak dan Sabah setaraf dengan Semenanjung, bagi membezakan taraf ketua kerajaan Sarawak dengan ‘menteri besar’ mahu pun ‘ketua menteri’ dari negeri-negeri lain, saya mencadangkan penggunaan istilah gelaran bendahara bagi merujuk kepada jawatan ketua kerajaan Sarawak.
"Dari zaman dahulu, jawatan Bendahara di gugusan Kepulauan Melayu digunakan bagi merujuk kepada jawatan yang mirip kepada ketua Kerajaan zaman moden.
“Penggunaan istilah lama ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada jawatan masa kini, tetapi memartabatkan warisan nenek moyang kita yang kian dilupakan oleh generasi muda,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pada Selasa, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak yang mengandungi klausa untuk menukar gelaran jawatan ‘ketua menteri’ kepada ‘premier’.
BACA: DUN Sarawak luluskan RUU gantikan Ketua Menteri kepada 'Premier'
Penukaran gelaran jawatan 'ketua'menteri kepada 'premier'itu telah mengundang krtikan, namun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehingga kini masih tidak membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.
Untuk rekod DBP ditubuhkan dengan matlamat yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) antaranya untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.
Topic Berkaitan
#Bendahara
#premier
#Persatuan Genealogi Malaysia
#Ketua Menteri Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan