KUALA LUMPUR: Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) akan mengadakan lawatan ke Belanda untuk menarik syarikat-syarikat semikonduktor negara itu melabur di Malaysia.
Syarikat-syarikat semikonduktor luar negara yang menampatkan semula kilang mereka menyifatkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan kerana setiap daripada mereka sedang bersiap sedia untuk pertumbuhan masa depan, didorong oleh fenomena dalam peningkatan penggunaan kecerdasan buatan (AI) terhadap cip-cip semikonduktor.
Presiden MSIA, Datuk Seri Wong Siew Hai berkata, misi ke Belanda itu susulan dialog baru-baru ini di antara persatuan itu dan bakal pelabur Belanda yang berpotensi yang sedang meneroka peluang-peluang perniagaan dalam sektor semikonduktor di rantau Asia Pasifik.
"Kami kini cuba membuat lawatan ke Belanda dan meyakinkan mereka untuk datang ke sini. Ini adalah inisiatif industri semata-mata," katanya.
"Apabila kita melihat adanya peluang seperti ini, adalah penting untuk bercakap dengan mereka dan memberitahu mereka apa yang kita ada di Malaysia, lebih-lebih lagi memandangkan syarikat itu bernilai tinggi yang akan mengukuhkan ekosistem kita," katanya kepada Bernama.
Lawatan yang dirancang itu datang ketika firma Belanda Neways, iaitu inovator global bermatlamatkan teknologi kritikal untuk syarikat semikonduktor, ketersambungan dan mobiliti pintar terkemuka, menubuhkan kemudahan pembuatan tercanggih di Klang dengan pengeluaran akan dimulakan pada suku keempat tahun 2024.
Wong juga mendedahkan bahawa banyak syarikat China "akan datang ke sini" untuk mengatasi gangguan dalam pengeluaran dan eksport mereka serta mengelakkan tarif Amerika Syarikat (AS) berikutan perang perdagangan AS-China.
Bagi syarikat-syarikat yang bersedia untuk pertumbuhan masa depan, beliau berkata hasil semikonduktor diunjurkan meningkat kepada AS$1 trilion (AS$1=RM4.7) menjelang 2030 berbanding AS$575 bilion pada masa ini.
"Semua ini dipacu oleh pertumbuhan yang luar biasa dalam penggunaan semikonduktor terhadap setiap aspek kehidupan kita," katanya.
AI kini menjadi kata kunci baharu yang mana dalam Industri 4.0 dan automasi pintar, ia digunakan dalam komputer yang diterjemahkan kepada permintaan yang lebih besar untuk litar bersepadu (IC) dan cip semikonduktor.
Kini terdapat aplikasi yang meluas untuk pelanggan seperti dalam kereta dan telefon, yang mana ia memerlukan cip semikonduktor yang dipertingkatkan bagi membolehkan pengkomputeran awan dan perkongsian data.
"Setiap kali anda kehabisan memori, anda beralih ke pengkomputeran awan dan ini mendorong penggunaan semikonduktor," katanya.
Syarikat-syarikat AS akan keluar dari China dan ingin berpindah manakala syarikat China tidak dapat mengeksport ke AS kerana Washington menggunakan frasa "keselamatan negara", dan mereka juga mahu berpindah ke luar negara untuk mengelakkan tarif Amerika.
Malaysia, katanya, harus memanfaatkan perkara itu dan ini adalah masa yang sesuai berikutan ketegangan geopolitik di antara AS dan China. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024
Wong berkata, misi ke Belanda itu susulan dialog baru-baru ini di antara persatuan itu dan bakal pelabur Belanda yang berpotensi. - Gambar fail/MIDA
'Ibu tak pandai, biarlah anak pandai' – Anak Zarina Zainuddin raih keputusan SPM 6A
Menurut Zarina, anaknya itu memperoleh gred A dalam enam mata pelajaran dan dua B.
Tapak pemprosesan bangkai haiwan haram diarah tutup serta-merta
Pengusaha tapak pemprosesan bangkai haiwan secara haram di Kampung Baru Chenderong diarah menghentikan operasi serta-merta.
Angka kematian akibat taufan, puting beliung di AS cecah 18 orang
Bilangan yang terkorban akibat taufan dan puting beliung di empat negeri Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 18 orang termasuk kanak-kanak, lapor Sputnik memetik laporan CNN pada Isnin.
PDRM nafi dakwaan polis gagal buat siasatan isu saham RM3.5 juta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang mendakwa PDRM gagal membuat siasatan terhadap satu laporan berhubung isu jual beli dan
JKM kesan waris bayi ditinggalkan dalam kotak
Bayi berusia tidak sampai sebulan itu telah menerima rawatan selengkapnya dan kini berada dalam sihat di bawah jagaan JKM.
2 terkorban, ratusan ribu dipindahkan ketika taufan landa pantai Bangladesh
Pihak berkuasa di Bangladesh telah memindahkan ratusan ribu penduduk ke tempat selamat apabila siklon tropika di Teluk Bengal melanda pantai selatan negara itu, kata pegawai pada Ahad.
Tujuh kereta rosak dihempap pokok tumbang
JBPM menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.24 petang.
Kes demam denggi di Kelantan dijangka meningkat semasa Aidiladha
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menjangka kes-kes demam denggi di negeri ini akan meningkat semasa musim perayaan Aidiladha pada bulan Jun ini.
Farm Fresh bawa ‘cahaya’ pada kanak-kanak Malaysia
Program Susu Sekolah (PSS), Farm Fresh merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat syarikat.
Unjuran Indeks Harga Pengguna kekal
Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) berkata langkah kerajaan baru-baru ini untuk merasionalisasikan subsidi bahan api bermula dengan diesel di Semenanjung Malaysia dijangka hanya memberikan impak kecil berikutan mekanisme fleet card dan pindahan tunai bersasar apatah lagi diesel hanya menyumbang 0.2 peratus daripada kumpulan IHP.
Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia mahu tarik pelaburan dari Belanda
Bakal pelabur Belanda sedang meneroka peluang-peluang perniagaan dalam sektor semikonduktor di rantau Asia Pasifik.
Belanda hukum ketumpulan Scotland
Scotland dihukum pada lewat permainan apabila dibelasah 0-4 kepada Belanda dalam pertemuan persahabatan di Amsterdam, awal pagi tadi.
Piala Dunia Hoki 5s: Malaysia muncul naib juara selepas tewas 2-5 kepada Belanda
Pada aksi di Hockey Oman Venue itu, Belanda melaung amaran awal menerusi jaringan Van Der Drift Yannick seawal minit pertama.
Kerjasama dengan Belanda langkah terbaik atasi masalah banjir di Malaysia - Pakar
Katanya, usaha berkenaan boleh mengurangkan kerugian ditanggung penduduk terjejas akibat bencana alam itu yang berlaku saban tahun.
Malaysia dapatkan kepakaran Belanda tambah baik sistem tebatan banjir - Anwar
Malaysia akan mendapatkan kepakaran dari Belanda bagi menambah baik sistem tebatan banjir di negara ini.
Belanda hormati pendirian Malaysia berhubung isu Palestin - Anwar
Belanda menghormati pendirian Malaysia berhubung isu Palestin serta bersetuju perlu ada langkah segera untuk menghentikan serangan Israel ke atas Palestin.
Belanda setuju sokong Malaysia pada mesyuarat MSPO kedua Disember ini - Fadillah
Pengiktirafan MSPO ini bertujuan memastikan aktiviti penanaman kelapa sawit di negara ini tidak menjejaskan alam sekitar dan dihasilkan berdasarkan amalan pertanian yang baik serta mampan.
Kelayakan Euro 2024: Gol berganda Mbappe pastikan Perancis ke kejohanan utama
Selepas meletakkan The Blues di depan seawal minit ketujuh, Mbappe menambah satu lagi jaringan pada lapan minit terakhir separuh masa pertama.
Belanda di landasan tepat ke Euro 2024
Pasukan kendalian Ronald Koeman itu terlebih dahulu dikejutkan menerusi sepakan penalti Adam Idah, meletakkan Ireland di hadapan.
Ukraine akan terima jet F-16 dari Belanda, Denmark
Ukraine terima 42 jet F-16 buatan AS yang canggih untuk membantu menangkis pencerobohan Rusia.