MALAYSIA
Persatuan mohon kerajaan benar sektor dobi guna LPG bersubsidi

Persatuan Pengusaha Dobi Melayu (Mula) merayu agar sektor dobi mikro dan kecil turut menerima subsidi LPG. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Dobi Melayu (Mula) memohon agar sektor pendobian di bawah kategori mikro dan kecil dibenarkan menggunakan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi.
Ringkasan AI
- Persatuan Pengusaha Dobi Melayu (Mula) memohon agar sektor dobi mikro dan kecil dibenarkan menggunakan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi kerana mereka hanya menyediakan perkhidmatan kepada pengguna domestik.
- Mula menyatakan bahawa sektor dobi juga tergolong dalam kategori perniagaan mikro dan kecil seperti yang ditakrifkan oleh SME Corp, namun tidak termasuk dalam senarai sektor yang dibenarkan menggunakan LPG bersubsidi.
- Menteri KPDN menjelaskan bahawa subsidi LPG tidak dimansuhkan dan Operasi Gas Memasak (Op Gasak) hanyalah tindakan penguatkuasaan berdasarkan undang-undang sedia ada, bukan dasar baharu kerajaan.
“Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali mengeluarkan kenyataan baru-baru ini berdasarkan kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri bahawa kerajaan bersetuju untuk membenarkan penggunaan LPG bersubsidi kepada peniaga mikro dan kecil, khususnya dalam sektor makanan dan minuman.
“Namun, sektor dobi tidak diambil kira walaupun industri ini turut tergolong dalam kategori peniaga mikro dan kecil (menurut definisi SME Corp),” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Sebelum ini, KPDN melaksanakan Operasi Gas Memasak (Op Gasak) yang menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat berkaitan status subsidi LPG yang digunakan di rumah, penjaja dan restoran.
Armizan menegaskan bahawa kerajaan tidak memansuhkan subsidi LPG sebagaimana didakwa oleh pihak tertentu, malah menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab dan mengelirukan rakyat terhadap dasar sebenar kerajaan.
Armizan juga menekankan bahawa Op Gasak bukan dasar baharu, sebaliknya satu tindakan penguatkuasaan berasaskan Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 yang telah dilaksanakan sejak pentadbiran terdahulu. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami