awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persempadan semula: Selangor gagal merayu

Sinar Harian
Sinar Harian
09/03/2018
09:37 MYT
Persempadan semula: Selangor gagal merayu
Pada 18 Disember lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan SPR mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini membenarkan permohonan kerajaan negeri menggantung sementara inkuiri tempatan di negeri terbabit.
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak kebenaran merayu yang dipohon kerajaan negeri Selangor bagi menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan inkuiri tempatan bagi cadangan persempadanan semula negeri itu.
Keputusan sebulat suara itu dibuat tiga panel hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif.
Dalam penghakimannya, Raus berkata, rayuan Selangor selaku pemohon ditolak mahkamah kerana kemungkinan untuk berjaya dalam rayuan mereka adalah tipis jika kebenaran diberikan.
Pada 18 Disember lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan SPR mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini membenarkan permohonan kerajaan negeri menggantung sementara inkuiri tempatan di negeri terbabit.
Terdahulu, Datuk S Ambiga yang mewakili Selangor berhujah, pihaknya merayu untuk menggantung sementara inkuiri tempatan dan mengekalkan status quo sehingga rayuan utama dalam permohonan semakan kehakiman membabitkan proses persempadan semula didengar dan diputuskan mahkamah rayuan.
Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke Yee Ching yang mewakili SPR dalam hujah balasnya berkata, suruhanjaya itu tidak boleh dihalang daripada menjalankan tugas di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Topic Berkaitan
#inkuiri
#mahkamah
#Mahkamah Persekutuan
#Mahkamah Rayuan
#persempadanan semula
#pilihan raya
#Selangor
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan