Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah diminta 'tidak sibuk-sibuk' mengenai isu persempadanan semula kawasan pilihan raya yang disifatkan sudah lengkap prosedurnya di dalam Perlembagaan.
Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, SPR juga disifatkan tidak perlu merujuk langsung kepada Bersih 2.0 mengenai isu berkenaan kerana ia tidak termaktub di dalam undang-undang.
"Maria Chin jangan sibuk-sibuk kerana mereka tidak ada ruang di dalam undang-undang.
"Buat apa hendak merujuk kepada mereka? Semua yang dinyatakan sudah termaktub di dalam Perlembagaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Wan Ahmad mengulas kenyataan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang memberitahu pihaknya akan meneruskan persempadanan semula kawasan pilihan raya tanpa input daripada persatuan sivil dan hanya akan bekerjasama dengan kumpulan dikehendaki seperti ditetapkan dalam Perlembagaan.
Maria Chin di dalam sebuah portal sebelum ini mendesak 222 kerusi parlimen dalam Dewan Rakyat dikekalkan walaupun SPR kini ada kuasa untuk mencadangkan penambahan kawasan.
Tegasnya, tidak ada keperluan untuk menambah kerusi kerana Malaysia mempunyai 13.5 juta pengundi berdaftar untuk 30 juta populasi.
Wan Ahmad pernah menulis sebuah buku bertajuk ‘Saya, SPR & Pilihan Raya’ yang dilancarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 25 April yang menceritakan tentang proses pilihan raya di negara ini.
Menariknya, buku ini turut menceritakan mengenai ragam politik dan kerenah masyarakat terhadap pilihan raya, peranan SPR sebagai badan pengurusan pilihan raya serta proses dan perjalanan pilihan raya itu sendiri.
Dalam pada itu, laman web SPR menyatakan, cadangan untuk mengadakan urusan persempadanan semula bahagian- bahagian pilihan raya perlu dimaklumkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri.
Pada masa sama, suatu notis dikeluarkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar tempatan dan disiarkan dalam Warta, serta dipamerkan di semua bahagian-bahagian pilihan raya selama satu bulan untuk pemeriksaan dan cadangan balas orang ramai.
SPR juga mesti mengadakan siasatan tempatan untuk mendengar rayuan dan cadangan balas yang diterima dalam tempoh pameran itu dari mana-mana Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan dan kumpulan 100 orang pemilih dan lebih, yang nama mereka berdaftar di bahagian-bahagian pilihan raya yang terlibat dengan kajian tersebut.
Sebaik sahaja selesai siasatan berkenaan, sebarang perubahan kepada syor persempadanan mestilah dipamerkan semula kepada orang ramai untuk tempoh sebulan.
Kali terakhir persempadanan semula dilakukan ialah pada 2003 dan ia sepatutnya diadakan semula pada 2011, namun ditangguh bagi memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum ke-13.
Wan Syamsul Amly
Thu Dec 18 2014
WAN AHMAD: Persempadanan semula: Bersih 2.0 jangan sibuk-sibuk - Gambar fail
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
20 tahun terkurung, bekas banduan Al-Ma'unah kekok dengan dunia luar
Ahmad, yang sepatutnya menjalani hukuman penjara sepanjang hayat, adalah antara 13 bekas ahli kumpulan Al-Ma'unah yang dibebaskan awal susulan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong.