awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta

Bernama
Bernama
12/12/2024
15:45 MYT
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Bahrin hari ini menunjukkan wang tunai berjumlah RM60,000 yang dirampas daripada seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun. - Gambar Bernama
KLUANG: Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata dalam serbuan pada 10 pagi itu, tujuh kilogram serbuk ekstasi dirampas manakala dua kereta iaitu jenis Kia Optima dan Perodua Kelisa serta wang tunai RM600 turut disita.
Beliau berkata siasatan mendapati pembeli ke rumah itu untuk membeli dadah yang dimasukkan ke dalam peket minuman pelbagai perisa bagi digunakan ketika berhibur.
"Dadah itu dipercayai diperoleh dari Johor Bahru namun kita masih menyiasat sejak bila kegiatan ini beroperasi," katanya pada sidang media di IPD Kluang di sini hari ini.
Bahrin berkata ekstasi itu turut dipercayai diproses di rumah berkenaan dan kedua-dua individu berusia 26 tahun yang positif dadah jenis metamfetamina direman seminggu bermula semalam untuk disiasat mengikut Seksyen 39B serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau juga berkata polis berjaya menyelesaikan kes kecurian sebuah lori tangki minyak sawit milik sebuah syarikat bersama muatan 44,900 liter minyak sawit bernilai RM243,000 dalam tempoh lapan jam selepas ia dilaporkan hilang susulan penahanan seorang lelaki berusia 36 tahun.
"Bagaimanapun, ketika lori itu ditemui, didapati semua muatan minyak sawit berkenaan telah tiada, dipercayai telah dijual," katanya yang turut merampas wang tunai RM60,000 daripada suspek yang direman empat hari untuk disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serbuk ekstasi
#positif dadah
#direman seminggu
#minyak sawit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan