Barisan Nasional (BN) Perak akan mengemukakan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) mengenai cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya sebelum 14 Okt ini.
Pengerusi BN negeri Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata pendekatan mengemukakan bantahan jelas menunjukkan kematangan parti itu terhadap sesuatu perkara dan bukannya melemparkan tuduhan tidak berasas seperti pembangkang.
Zambry berkata bantahan berkenaan dibuat kerana persempadanan kawasan yang dicadangkan SPR memberikan impak kepada kedudukan pengundi sedia ada.
"Antara bantahan itu melibatkan nama tempat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu yang dibuat oleh SPR membabitkan 17 kawasan Parlimen dan 28 DUN di negeri ini.
"Berdasarkan persempadanan itu, ada pengundi yang terpaksa mengundi di tempat yang jauh berbanding kawasan sekarang dan jika diteruskan ia menyulitkan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kangsar di sini hari ini.
Zambry turut menyelar Anggota Parlimen Taiping Ng Kor Ming kerana membuat kenyataan di akaun Twitter dengan menuduh SPR sebagai penipu dengan meletakkan DUN Perak mengalami perubahan 400 peratus jika persempadanan semula dilaksanakan.
"Apabila kami periksa pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dan daftar pemilih suku pertama tahun ini yang dikeluarkan SPR, pertambahan pengundi baharu hanya 65,000 orang menjadikan jumlah keseluruhan pengundi 1.4 juta.
"Ini bermakna 4.64 peratus sahaja pertambahan dan kita tidak tahu daripada mana gambaran 400 peratus diperoleh. Malah, tuduhan telah ada rundingan awal antara BN dengan SPR, adalah tidak berasas," katanya.
Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Perak berkata pihaknya telah mengarahkan setiap bahagian UMNO untuk mengumpul sebarang perkara berbangkit berhubung persempadanan semula itu.
Ahad lepas, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihaknya telah meminta Badan Perhubungan UMNO Negeri yang mempunyai masalah (berkaitan syor persempadanan semula) untuk mengumpulkan semua syor atau bantahan dan hasil penelitian akan diserahkan kepada SPR.
SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula 15 Sept lalu.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu. -Bernama
Bernama
Sat Oct 01 2016
ZAMBRY: Berdasarkan persempadanan itu, ada pengundi yang terpaksa mengundi di tempat yang jauh berbanding kawasan sekarang dan jika diteruskan ia menyulitkan mereka. -Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PRU15: BN Perak minta SPR pantau iklan, papan iklan gergasi bahayakan penduduk
Aminuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Tambun berkata pihaknya tidak melihat pemasangan iklan gergasi itu sebagai satu keperluan.
PRU15: Manifesto BN Perak tawar bantuan RM1,000 kepada penuntut IPT, 200,000 peluang kerja
BN Perak menyediakan pelbagai tawaran kepada orang muda, termasuk menyediakan 200,000 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun.
PRU15: Manifesto BN Perak dilancar esok
Manifesto itu dirangka selepas mengambil kira semua faktor, khususnya berhubung dengan masa depan rakyat.
PRU15: BN Perak pertaruh veteran rampas DUN Sungai Manik, Tualang Sekah
BN Perak mempertaruhkan veteran UMNO untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik dan Tualang Sekah pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Senarai calon BN di Perak bagi PRU15
Berikut senarai bakal calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada PRU15. P054 Gerik - Datuk Dr Asyr
PRU15: BN Perak umum calon, semua Exco BN kekal
Barisan Nasional (BN) Perak mengumumkan calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Mastura gugur, Ustaz Kazim, Khairul Azwan diumum sebagai calon BN
Beberapa penyandang kerusi Parlimen di Perak tidak diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November nanti.
PRU15: BN Perak umum senarai calon selewatnya 2 November - Saarani
Senarai calon akhir akan diperoleh pada 1 November, kata Pengerusi BN Perak.
PRU15: BN Perak sasar 40 DUN, 15 Parlimen
Pada PRU lalu, BN memenangi 27 kerusi DUN dan 12 Parlimen, sebelum beberapa wakil rakyat melompat parti.
Persiapan banjir: BN Perak lancar briged sukarelawan
Ia bukti keprihatinan BN terhadap rakyat tidak mengira batas waktu.