awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persepsi penjawat awam: KKLW sahut saranan SPRM rangka pelan integriti

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
08/03/2017
05:35 MYT
Persepsi penjawat awam: KKLW sahut saranan SPRM rangka pelan integriti
Sidang media Majlis KKLW bersama SPRM di Putrajaya. - Astro AWANI / Azyyati Ahmad
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyahut saranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam merangka sebuah pelan integriti dalam mengubah persepsi masyarakat kepada penjawat awam.
Menurut Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri saranan yang dikemukakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki akan dibincangkan dan didrafkan secepat mungkin.
"Kita perlu satu tindakan drastik dalam menangani isu ini dan perbincangan mengenainya akan kita adakan bagi melaksanakan saranan itu secepat mungkin," katanya dalam sidang media selepas Majlis KKLW bersama SPRM di Putrajaya.
Program yang berlangsung hari ini diadakan khas untuk warga kerja KKLW dalam memberi pendedahan akan bahaya rasuah dan kesalahan di bawah akta SPRM 2009 serta prosedur kewangan yang berkuatkuasa.
Beliau berkata program ini diadakan bagi memberi peluang warga KKLW dan agensi di bawahnya berinteraksi dan bersoal jawab dengan SPRM berhubung perkara berkaitan rasuah.
"Program ini diadakan bagi memberi fakta yang lebih jelas mengenai akta rasuah.
"Kita tak mahu mereka kata mereka kurang faham. Kurang faham mengenai rasuah bukan lagi alasan," jelas beliau.
BACA: Rasuah dalam kalangan penjawat awam makin serius berbanding 10 tahun dulu - SPRM
Topic Berkaitan
#KKLW
#pelan integriti
#penjawat awam
#persepsi masyarakat
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan