Skip to main content

Politik

'Status Bersatu dalam PN ditentu dalam mesyuarat akan datang' - Ahmad Samsuri

TANAH MERAH – Status Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) akan ditentukan dalam mesyuarat akan datang, kata Pengerusinya, Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.  “Sama ada Bersatu disingkirkan atau kekal dalam PN, perkara itu akan ditentukan dalam mesyuarat akan datang,” katanya pada sidang akhbar sempena Konvensyen Reset Malaysia yang diadakan di Tapak Ekspo, Taman Harmoni di sini pada Sabtu.
Abdul Hadi (tiga, kanan) bersama Hamzah (kiri) dan Ahmad Samsuri (dua, kanan) pada Konvensyen Reset Malaysia yang diadakan di Tapak Ekspo, Taman Harmoni, Tanah Merah pada Sabtu.

TANAH MERAH: Status Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) akan ditentukan dalam mesyuarat akan datang, kata Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Sama ada Bersatu disingkirkan atau kekal dalam PN, perkara itu akan ditentukan dalam mesyuarat akan datang,” katanya pada sidang akhbar sempena Konvensyen Reset Malaysia yang diadakan di Tapak Ekspo, Taman Harmoni di sini pada Sabtu.

Hadir sama Ketua Gerakan Reset Malaysia, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Terdahulu, Pas mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan rakan sekutunya dalam PN, iaitu Bersatu.

Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan bagi membincangkan hala tuju parti dalam mendepani fasa politik baharu.

Abdul Hadi berkata, ketetapan memutuskan hubungan tersebut dibuat selepas parti itu meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa secara menyeluruh. - Sinar Harian

 

 

Must Watch Video

Advertisement