KUALA KUBU BHARU: Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina di belakang rumah jirannya, Julai lalu.
Shaari Hasan, 60, didakwa melakukan perbuatan itu di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Buaya, Rawang di sini pada 1.30 tengah hari, 27 Julai lalu, mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Shaari, yang memakai baju kemeja bercorak flora mengangguk faham dan mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
Bagaimanapun, ketika ditunjukkan barang kes iaitu pakaian miliknya yang dirampas semasa kejadian iaitu sehelai baju T berwarna hijau dan seluar panjang berwarna coklat, lelaki itu tidak mengakui kedua-dua pakaian berkenaan adalah miliknya.
Nurul Mardhiah kemudian bertanya kepada tertuduh: "Adakah baju dan seluar itu milik kamu?" dan tertuduh, yang merupakan seorang duda menjawab, "Bukan".
BACA: Lakukan hubungan luar tabii dengan kambing, warga emas ditahan
Nurul Mardhiah berkata pengakuan salah tertuduh tidak boleh diterima memandangkan dia tidak mengakui barang kes tersebut dan meminta pertuduhan terhadap lelaki itu dibacakan sekali lagi dan tertuduh mengaku tidak bersalah.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Khadijah Amir Hamdzah tidak menawarkan jaminan memandangkan kesalahan itu adalah serius, namun peguam Zolazrai Zolkapli yang mewakili tertuduh memohon jaminan dibenarkan kerana anak guamnya tinggal seorang diri.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 24 Dis ini untuk sebutan semula kes.
Media sebelum ini melaporkan kejadian itu disedari seorang wanita berusia 45 tahun yang terdengar bunyi mengembek dari kandang kambing yang terletak di belakang rumahnya.
Menurut polis, wanita berkenaan yang pergi ke kandang kambing itu mendapati, seorang lelaki yang dikenalinya berada dalam keadaan separuh bogel bangun dari sebelah kambing milik wanita tersebut.
Selepas menyedari kehadiran wanita terbabit, suspek telah melarikan diri dan hasil pemeriksaan mendapati, kambing betina yang menjadi mangsa lelaki itu telah mati.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 25 2021
Shaari Hasan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu hari ini atas tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina Julai lalu. - Foto BERNAMA
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lelaki dipenjara enam tahun lakukan persetubuhan luar tabii terhadap adik tiri
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas seorang lelaki atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap adik tirinya pada 2018.
Warga emas rogol kucing sampai mati didakwa di mahkamah
Janting Anak Keling mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Fatimah Zahari.
Persetubuhan luar tabii dengan kambing betina, warga emas dipenjara enam tahun
Kejadian itu disedari seorang wanita yang terdengar bunyi mengembek dari kandang kambing yang terletak di belakang rumahnya.
Persetubuhan luar tabii dengan kambing betina, warga emas mengaku tidak bersalah
Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina di belakang rumah jirannya, Julai lalu.
Persetubuhan luar tabii: MAIS, PDRM kerjasama siasat di bawah Kanun Tatacara Jenayah
Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kes itu akan disiasat mengikut tatacara yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah.
Syed didakwa lagi, rogol wanita 23 tahun
Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita itu di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, Shah Alam, 11 Sept tahun lepas.
#JusticeForGoat untuk kambing dinoda lapan lelaki
Haiwan berusia tujuh tahun itu 'tidak boleh berjalan' dan mati tidak lama kemudian.