awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persiapan Istiadat Pertabalan Agong berjalan lancar - Fahmi

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2024
10:53 MYT
Persiapan Istiadat Pertabalan Agong berjalan lancar - Fahmi
Istiadat Pertabalan akan berlangsung pada 20 Julai di Istana Negara.
PUTRAJAYA: Persiapan menjelang Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim pada 20 Julai depan berjalan lancar dan mengikut perancangan yang ditetapkan.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat jawatankuasa khas juga akan diadakan minggu depan yang antara lain bagi meneliti semua acara yang dijadualkan berlangsung sempena istiadat berkenaan.
Beliau selaku Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17 itu memberitahu, tujuh acara yang diumumkan sebelum ini akan diteliti perinciannya,
"Insya-Allah, acara-acara ini akan dapat dijalankan dengan jayanya," kata beliau pada sidang media pasca-Mesyuarat Kabinet di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Fahmi, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata beliau dan rombongannya akan menyampaikan warkah persilaan ke istiadat berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.
Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas.
Pada 16 Mei lepas, Fahmi mengumumkan Istiadat Pertabalan berlangsung pada 20 Julai di Istana Negara dan kerajaan dengan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, akan melaksanakan pelbagai acara sempena istiadat penuh simbolik lima tahun sekali itu.
Acara sempena Istiadat Pertabalan itu dimulakan dengan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat pada 18 Julai disusuli Khutbah Khas serta Solat Jumaat pada keesokannya di Masjid Negara.
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara akan disusuli Majlis Santapan Diraja pada hari sama.
Turut berlangsung lawatan Raja Permaisuri Agong ke Hospital Orang Asli Gombak pada 23 Julai manakala Pameran Raja Kita dijadualkan pada 25 Julai di Muzium Negara.
Turut diadakan Majlis Jamuan Teh Diraja pada 27 Julai di Istana Negara.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Yang di-Pertuan Agong
#Pertabalan Agong
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan