awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal maut terjatuh ke dalam sungai
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams
Penganggur ditahan pukul pemandu e-hailing guna pengunci stereng di Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persiapan MAHA 2022 capai 90 peratus - Ronald

Bernama
Bernama
23/07/2022
04:15 MYT
Persiapan MAHA 2022 capai 90 peratus - Ronald
Ronald bercakap kepada pemberita selepas Program Road To Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) hari ini. - Foto BERNAMA
SERDANG: Persiapan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang akan diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, sudah mencapai tahap 90 peratus, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
Bercakap kepada pemberita selepas program Road to MAHA 2022 hari ini, Ronald berkata persiapan akhir kini berjalan lancar hasil kerjasama pelbagai agensi MAFI serta agensi kerajaan yang lain.
"Hari ini saya dapat tinjau persiapan akhir sedang giat dilakukan. Kita (MAFI) yakin sebelum MAHA 2022 bermula (4 Ogos), segala persiapan akan siap.
"Saya dapati perancangan bagi persiapan dan aktiviti promosi MAHA 2022 teratur," katanya.
MAHA 2022 akan diadakan secara hibrid pada 4 hingga 14 Ogos di MAEPS, dengan bertemakan 'Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan'. Disasarkan 1.1 juta pengunjung hadir secara fizikal sepanjang 11 hari program itu serta menjana lebih RM250 juta potensi nilai jualan.
Pameran dwitahunan itu kali terakhir diadakan pada 2018 sebelum tergendala akibat pandemik COVID-19 dalam negara.
Ronald berkata MAHA 2022 menyasarkan penyertaan syarikat swasta, agensi kerajaan, institusi kewangan, usahawan tani dan golongan belia untuk terlibat sebagai pempamer bagi memenuhi 1,500 ruang pameran dan jualan yang disediakan.
Katanya, MAHA 2022 juga akan menjadi platform pengenalan pelbagai produk baharu berkaitan pertanian termasuk teknologi dan inovasi terkini serta strategi pemasaran dan pengeluaran secara efektif.
"MAHA 2022 akan bawakan teknologi terkini khususnya dalam sekuriti makanan. Teknologi yang lebih ke hadapan serta dinamik mengikut peredaran masa," katanya.
Beliau berharap MAHA 2022 dapat menarik kehadiran 100,000 pengunjung setiap hari hasil daripada gerak kerja promosi serta publisiti yang telah dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAHA 2022
#Ronald Kiandee
#pertanian
#sekuriti makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan