PETALING JAYA: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyifatkan Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama yang berlangsung hari ini sebagai satu acara terbaik dalam menekankan tanggungjawab dan peranan ketua agama terhadap masyarakat.
Fahmi berkata perkara itu merupakan mesej utama yang ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap merasmikan persidangan yang menghimpunkan tokoh agama dan intelektual dari seluruh dunia itu.
"Mesej utama Perdana Menteri dalam ucapan perasmian berkait keperluan ketua-ketua agama tampil dan membantu untuk meredakan keadaan bila masa, kalau di sesetengah negara kelihatan seperti faham ekstremisme keterlaluan dan sehingga timbul ketegangan atau kerosakan dalam masyarakat di negara terbabit.
"Perdana Menteri tak merujuk mana-mana negara secara khusus tetapi secara umum dan harapannya perbincangan yang dijana akan dapat menghasilkan resolusi Kuala Lumpur yang akan diumum pada penghujung persidangan ini," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan itu di sini hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri berkata Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama akan menjadi acara tetap di Malaysia.
Persidangan sehari berkenaan akan disusuli dengan Persidangan Majlis Ulama Asia di Hotel Mandarin Oriental di sini pada Rabu.
Kedua-dua persidangan itu dianjurkan oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Liga Dunia Muslim (MWL).
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024
Fahmi pada Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 hari ini. - Foto BERNAMA
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Kad Haji Nusuk mula diedar, berkuatkuasa selepas 6 Jun
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
DAP teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan sentiasa berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan dan memperjuangkan prinsip keadilan sebagaimana tokoh politik parti dan bekas pengerusinya, mendiang Datuk Seri Karpal Singh.
PM sifatkan Isreal sebagai kolonial apartheid
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyifatkan Israel sebagai sebuah kolonial apartheid kerana melakukan jenayah kemanusian ke atas rakyat Palestin.
Starlink sudah tiba di Indonesia
Bilionair yang juga pemilik SpaceX optimis dengan inovasi perkhidmatan jalur lebar dengan teknologi satelit Starlink yang dicipta syarikatnya mampu memberi capaian internet yang meluas khusus sekali di kawasan-kawasan pedalaman Indonesia. Beliau yang juga merupakan pemilik jenama kenderaan elektrik terkemuka, Tesla dan laman sensasi 'X' kini berada di pulau pelancongan, Bali untuk melancarkan sistem khidmat itu yang turut memberi impak besar kepada sektor kesihatan negara berkepulauan terbesar di dunia itu.
10 Berita Pilihan - (19 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kanak-kanak antara yang maut dalam serangan Israel
Antara 28 individu yang terkorban dalam serangan Israel di Nuseirat di tengah Gaza pada Ahad, termasuk seorang kanak-kanak.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Mei 2024.
Uzbekistan mahu bekerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan juga berhasrat untuk bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi meningkatkan kualiti rawatan di negara itu.
Ulama, pemimpin Islam perlu bekerjasama untuk perpaduan ummah - Mohd Na'im
Ulama, pemimpin dan saintis Islam perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat perpaduan ummah dan menyelesaikan sebarang konflik yang timbul dalam masyarakat.
Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama tekankan tanggungjawab, peranan pemimpin
Fahmi menyifatkan persidangan itu sebagai satu acara terbaik dalam menekankan tanggungjawab dan peranan ketua agama terhadap masyarakat.
Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 berlangsung hari ini
Tema persidangan 'Kesatuan Dalam Kepelbagaian', sangat penting memandangkan ia satu daripada isu mendesak pada masa ini.
Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia, Majlis Ulama Asia 2024 diadakan 7 dan 8 Mei ini
Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia dan Majlis Ulama Asia 2024 akan diadakan pada 7 dan 8 Mei ini.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Keputusan UPKK Khamis depan
Keputusan UPKK Tahun 2024 boleh disemak pada 18 April bermula jam 12 tengah hari.
Isu logo didakwa mirip kalimah Allah di tapak kasut: Tindakan tegas jika disengajakan - Jakim
Tindakan sewajarnya perlu diambil sekiranya wujud elemen disengajakan dalam isu logo kasut keluaran Vern's yang didakwa mirip kalimah Allah.
Polis rampas 1,145 kasut guna logo mirip kalimah Allah - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 1,145 pasang kasut bagi membantu siasatan berkaitan logo kasut didakwa mirip kalimah Allah.
Logo kasut didakwa mirip kalimah Allah, JAKIM panggil pihak berkaitan esok
JAKIM telah diarah memanggil pihak berkaitan logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah, esok untuk mendapatkan penjelasan lanjut.