awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan bertukar ganas ketika protes Iran merebak ke lebih 100 bandar
JPJ perhebat operasi lebih muatan, periksa 1.2 juta kenderaan pada 2025
Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persidangan Parlimen: Azalina Othman junjung kasih titah Agong

Isabelle Leong
Isabelle Leong
25/02/2021
03:34 MYT
Persidangan Parlimen: Azalina Othman junjung kasih titah Agong
AZALINA: Ampun tuanku, terima kasih kerana senantiasa menjadi pelindung rakyat dan penjaga perlembagaan negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membenarkan Parlimen kembali bersidang dalam tempoh darurat.
Menerusi ciapan di Twitter, Azalina merakamkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana sentiasa menjadi pelindung rakyat dan penjaga perlembagaan negara.
Ahli Parlimen Pengerang itu merujuk kepada kenyataan oleh Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsudin pada Rabu.
Dalam kenyataan tersebut, Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai atas nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ampun Tuanku, thank you for being a constant Protector of the People & Guardian of our Constitution. The Hansard back in 1959 records how the then YDPA in His Majesty's first ever Speech of the Throne expounds Parliament's essence in the following terms:#DaulatTuanku pic.twitter.com/WleZF8Dots
— Azalina Othman Said (@AzalinaOthmanS) February 25, 2021
Katanya, baginda menegaskan bahawa sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang berteraskan prinsip Keluhuran Perlembagaan, setiap cabang pentadbiran negara sama ada pihak Eksekutif, Kehakiman mahupun Parlimen haruslah sentiasa akur kepada prinsip tersebut.
BACA: Parlimen itu dibuka bagi memudahkan perjalanan proses semak dan imbang
Perkara ini katanya, termaktub dalam sub perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.
Topic Berkaitan
#Parlimen
#Yang di-Pertuan Agong
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#darurat
#Muhyiddin Yassin
#Azalina Othman Said
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan