Anak pelarian Syria, Hamzah Manad, 5, dan Fatimah Batul Imad, 7, amat bersyukur kerana buat pertama kali mereka dapat memakai baju baharu di hari raya.
Tambahan pula mereka sekali lagi berpeluang menyambut Aidilfitri dalam suasana udara bebas di bumi Malaysia.
Kedua-duanya yang tiba di negara ini dua tahun lalu menunggu-nunggu untuk menyambut ketibaan lebaran nanti.
"Ini pertama kali saya dapat membeli baju dan mainan baharu untuk hari raya. Saya amat gembira kerana dapat bersama kawan-kawan saya," kata Fatimah yang fasih berbahasa Inggeris dan Melayu.
Fatimah dan Hamzah adalah antara 42 orang kanak-kanak Syria yang dirai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membeli pakaian di sebuah pasar raya di sini pada Selasa.
Beliau berkata ia pertama kali program itu diadakan dengan harapan kanak-kanak tersebut mempunyai kenangan indah menyambut Aidilfitri bersama keluarga mereka.
"Mereka begitu menderita di negara mereka dan kini mereka boleh menetap dengan gembira di Malaysia yang aman," kata Ismail Sabri.
"Kita akan bekerjsama erat dengan kementerian lain seperti Kementerian Luar bagi membantu kanak-kanak Syria yang dibawa ke negara ini menerusi program migran. Tapi bagi saya yang penting ialah soal pendidikan mereka," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Lifeline for Syria, Syahril Azfar Saleh berkata kanak-kanak tersebut sedang belajar di Jasmine Ash-sham school di Setiawangsa.
"Kita mempunyai 50 pelajar di sekolah itu yang ditadbir atas sumbangan orang ramai. Kita berharap kita boleh bekerjasama dengan kementerian berkaitan untuk memberi pelajaran lebih baik kepada kanak-kanak ini.
"Satu hari nanti mereka akan kembai ke Syria dan ketika itu mereka boleh berdiri atas kaki sendiri dan membina semula negara mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 20 2017
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah)beramah mesra dengan para pelajar Jasmine Ash-Sham yang berasal dari Syria pada program Tanggungjawab Korporat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah hari ini. -- fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.