KUALA LUMPUR: Lambakan kenderaan persendirian dan kekurangan tempat letak kenderaan di Projek Perumahan Rakyat (PPR), strata kos rendah dan sederhana di ibu negara terus mendatangkan resah dalam kalangan penduduk dan orang awam.
Pelbagai jenis kenderaan termasuk bas, van dan kereta yang diletakkan sembarangan seperti parkir berganda atau double park di tepi jalan dan hentian bas sehingga menghalang pergerakan kenderaan lain yang melalui kawasan itu, adalah pemandangan biasa di kawasan kediaman berkenaan.
Tinjauan Bernama di beberapa kediaman strata dan PPR di Sentul, Setapak, Bandar Sri Permaisuri mendapati sebahagian penghuni terpaksa memarkir di jalan utama iaitu di luar kawasan kediaman menyebabkan laluan dua lorong menjadi sempit, satu lorong sahaja serta ada juga kenderaan lama dan rosak ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan.
Peniaga di Pusat Penjaja Bandar Sri Permaisuri, Zolkhoari Abdul Aziz berkata, ada segelintir penghuni PPR dan strata berdekatan pusat penjaja itu mengambil kesempatan apabila memarkir kenderaan mereka di parkir yang telah dikhususkan untuk pelanggan gerai pusat penjaja itu.
Beliau berkata, lantaran parkir percuma itu juga dan tiada penguatkuasaan diambil daripada pihak berwajib, maka pemilik kenderaan seolah-olah besar kepala menjadikan kawasan parkir pelanggan milik mereka sehingga ada yang meletakkan kenderaan berminggu-minggu lamanya tanpa ada pergerakan keluar masuk.
"Parkir pelanggan pusat penjaja ini sebanyak 64 lot, tapi boleh dikatakan keseluruhan 'dibolot' oleh segelintir penghuni yang memarkir kenderaan mereka di sini walaupun sudah ada papan tanda arahan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur hanya dibenarkan untuk pelanggan gerai.
"Situasi ini menimbulkan ketidakselesaan kepada pelanggan yang mahu menikmati makanan di sini dan ada antara mereka berlalu sahaja kerana lama mencari parkir dan perkara ini sedikit sebanyak telah menjejaskan kehadiran pelanggan dan jualan para peniaga," katanya.
Sementara itu, penghuni PPR Kampung Baru Air Panas dikenali sebagai Ezana, 34, berkata, dia dan adiknya yang tinggal bersama ibu bapa masing-masing memiliki kereta sendiri kerana berpandangan ia lebih menjimatkan dan mudah untuk ke mana-mana.
Mengakui ada ketikanya terpaksa memarkir jauh sedikit dari rumah, risiko kereta dikhianati dan mengambil masa lama untuk mencari parkir, namun peniaga dalam talian itu berkata, ia sudah menjadi kelaziman dan dianggap perkara biasa dilaluinya sejak enam tahun lepas.
"Memiliki kereta adalah keperluan yang memudahkan urusan saya kerana skop kerja sekarang memerlukan untuk bergerak ke sana-sini dan berjumpa pelanggan. Meskipun ada pengangkutan awam seperti bas dan kenderaan e-hailing, tapi ia terbatas, ditambah servisnya pula kadang-kadang tidak mengikut jadual," katanya.
Mengulas isu itu, Pensyarah Kanan Pengajian Harta Tanah, Kolej Pengajian Alam Bina Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Mona Isa berkata, berdasarkan permerhatiannya, penghuni kediaman PPR atau strata kini ada menjangkau lebih daripada dua generasi sekali gus menyumbang kepada pertambahan pemilikan kenderaan.
Beliau berkata, realitinya penghuni kediaman itu mempunyai anak yang telah dewasa dan masing-masing memerlukan kenderaan apatah lagi ada sudah berkahwin dan mempunyai kenderaan tapi memilih untuk tinggal bersama keluarga kerana masih tidak mampu membeli rumah sendiri.
"Seperti sedia maklum, setiap kediaman PPR atau strata lazimnya diperuntukkan satu atau dua ruang letak kenderaan, namun senario sekarang telah berubah apabila sesebuah rumah akan ada lebih daripada dua kereta jika mempunyai beberapa generasi di dalamnya, lagi-lagi jika rumah itu disewakan.
"Jadi, saya melihat mereka mampu memiliki kenderaan bukan faktor kemewahan, tapi keperluan mendesak. Kalau tidak mampu membeli kereta baharu sekalipun mereka masih lagi boleh beli kereta terpakai yang dalam keadaan baik untuk kegunaan harian," katanya.
Sehubungan itu, Mona mencadangkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya menambah bilangan ruang parkir melalui bangunan parkir bertingkat di ruang PPR atau strata yang masih ada selain berusaha meningkatkan kecekapan pengoperasian pengangkutan awam seperti bas bagi mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian. - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 13 2023
Masalah lambakan kenderaan persendirian di kediaman Projek Perumahan Rakyat, strata kos rendah dan sederhana di ibu negara ekoran kekurangan ruang tempat letak kenderaan terus mendatangkan resah kepada penghuninya dan orang awam. - Gambar Bernama
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Johor sediakan parkir sementara di HSA atasi kesesakan
Kerajaan Johor mengambil inisiatif menyediakan kawasan parkir sementara di Hospital Sultanah Aminah (HSA), bagi mengatasi kesesakan.
Pertambahan penduduk, bilangan kenderaan punca masalah parkir di PPR, strata
Memiliki kenderaan sendiri adalah keperluan, namun, isu yang besar ialah di mana kereta mahu diletakkan khususnya di PRR atau strata kos rendah.
Kerajaan lulus RM500 juta segerakan naik taraf Hospital Sultanah Aminah - Anwar
Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi menyegerakan projek-projek pembinaan fasa pertama di dalam Hospital Sultanah Aminah (HSA), yang dijangka bermula pada tahun ini.
Laporan Khas: Roboh parkir LRT, pengguna mengeluh tersepit pula saman DBKL
Tindakan merobohkan parking LRT bertingkat di Sri Rampai mendatangkan beban kepada pengguna selain terpaksa berdepan saman pihak DBKL akibat ketiadaan fasiliti parkir.
Susah cari parkir di HTAA? Van perantara jadi penyelesaian sementara
Kementerian Kesihatan maklum dengan masalah yang sering mendapat rungutan orang ramai itu dan mengatasinya sementara dengan menyediakan perkhidmatan itu.